resepi pulut sekaya

Resepi pulut sekaya bakar ini persis seperti kuih bakar. Tetapi sebenarnya kedua-dua ini merupakan jenis kuih yang berbeza, hanya rupa yang sama.

Kuih pulut sekaya bakar ini memang sangat sedap. Gabungan pulut dan bahagian atas adunan yang berlemak membuatkan kuih ini cukup istimewa.

Uniknya resipi perkongsian oleh Azie Man ini, bukan hanya dikukus bahkan turut dibakar bagi menambah lagi kerangupan pada bahagian atasnya.

Jika ada yang mahu belajar cara membuat kuih ini, mari ikuti perkongsian lengkap oleh beliau di bawah.

Baca juga: Resipi Asli Turun-Temurun, Ini Cara Buat Kuih Cecemek Tradisional Perak

RESEPI PULUT SEKAYA BAKAR

Bahan-bahan lapisan bawah:

  • 500gram beras pulut biasa (rendam semalaman)
  • 2 ½ cawan santan
  • Sedikit garam

Cara-caranya:

1. Sapu sedikit minyak pada loyang 10×10 saiz 9 dan alas dengan plastik ukuran loyang/

2. Satukan beras pulut, santan dan garam. Gaul sebati.

3. Kemudian letakkan ke dalam loyang yang sudah dilapik plastik tadi.

4. Kaup-kaup dan tekankan di dalam loyang. Sedia untuk dikukus sehingga pulut masak.

Bahan-bahan lapisan atas:

  • 5 biji telur gred A
  • 2 sudu besar membukit tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 ½ cawan santan pekat
  • 1 cawan pati pandan
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar gula merah
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit serbuk kayu manis

Cara-caranya:

1. Kisar semua bahan dan tapis. Larutkan sekejap di atas dapur.

2. Bila adunan dah nampak pekat, tuangkan ke dalam loyang pulut yang dikukus tadi.

3. Sambung kukus sekejao dalam 15 minit sahaja. Kemudian angkat loyang dan sambung bakar di dalam oven.

4. Bakar menggunakan teknik water bath sehingga bahagian atas kelihatan keperang-perangan. Guna api atas sahaja dengan suhu yang tinggi.

resepi pulut sekaya

Info tambahan:

  • Kenapa pakai gula merah? Untuk hasilkan kuih berwarna hijau lumut yang cantik
  • Jika mahu hasil kuih yang nipis, guna loyang bersaiz 10

Kredit resipi dan gambar: Azie Man

Baca juga: Resipi Kuih Cucur Topi Guna 4 Bahan, Ikut Cara Ini Baru Menjadi Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN