resepi sambal sotong

Resepi sambal sotong ini dikongsikan sendiri oleh seorang peniaga yang menjual ‘nasi bungkus’ dengan beraneka lauk.

Bukan itu saja, beliau turut berkongsi petua hilangkan bau hanyir sotong. Barulah sambal sotong menjadi lebih sedap dan menyelerakan.

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu gorengkan sekejap sotong di dalam kuali sehingga air hanyirnya keluar.

Untuk mengetahui cara-cara yang lengkap, jom ikuti perkongsian oleh Saudari Nurul Shima di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Sotong Goreng Kunyit Ringkas Tapi Sedap, Ini Petua Elak Jadi Kecut

RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP DAN TAK HANYIR

Bahan-bahan:

  • Sotong 300 gram
  • 2 sudu besar bawang kisar
  • 6 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air asam jawa (bukan pes asam jawa)
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil kicap manis

Cara-cara:

1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit. Goreng sekejap di dalam kuali supaya air hanyirnya keluar. Angkat dan toskan.

2. Panakan minyak. Tumis 2 sudu besar bawang kisar sehingga tumisan berbau wangi.

3. Masukkan 6 sudu besar cili kering kisar. Kalau mahu pedas, lebihkan kuantiti cili kisar.

4. Apabila dah pecah minyak, masukkan pula 2 sudu besar gula. Kacau rata supaya tidak hangit. Pastikan guna api sederhana besar.

5. Apabila warna sambal menjadi merah dan cantik elok, masukkan 3 sudu besar air asam jawa. (bukan pes asam jawa)

6. Kemudian, perasakan dengan 2 sudu kecil garam.

7. Barulah masukkan sotong tadi. Kacau sekejap dan tuang 1 susu kecil kicap manis.

8. Gaul rata. Biarkan reneh dalam 5 minit. Jangan masak lama, nanti rasa liat.

9. Tak perlu masukkan air sebab sotong akan keluarkan airnya sendiri.

resepi sambal sotong

Kredit resipi dan gambar: Nurul Shima

Baca juga: Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN