nasi goreng sambal belacan

Kalau singgah kedai tomyam, menu yang tak asing lagi mestilah nasi goreng sambal belacan. Hari ini, kami akan kongsikan resipi nasi goreng sambal belacan bersama budu yang mudah dan lazat.

Kalau buat ini, jangan lupa sediakan ayam goreng sekali. Gabungan nasi goreng sambal belacan yang pedas bersama rangupan ayam goreng, buatkan anda makan tak cukup sepinggan!

Jom baca resipi penuh di bawah.

Baca lagi: Karipap Kambing Blackpepper, Inti Padat Memang Tak Pernah Cukup Satu!

RESIPI NASI GORENG SAMBAL BELACAN

Bahan-bahan Nasi Goreng:

  • Bawang merah dan bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 2 biji telur
  • Sambal belacan dan budu (3 sudu besar atau lebih)
  • Udang (sis suka udang tanpa kulit)
  • Kicap manis
  • Perasa ikan bilis dan garam secukup rasa
  • Kacang buncis
  • Nasi putih (4 mangkuk)

Cara Membuat

1. Tumis bawang merah dan bawang putih (ditumbuk kasar) sampai agak kekuningan.

2. Sambil itu, gorengkan 2 biji telur hancur di kuali lain dan biar di tepi dulu.

3. Masukkan sambal belacan+budu (3 sudu besar atau lebih) dan masak sikit.

4. Masukkan udang (sis suka udang tanpa kulit) dan gaul2 bg masak sikit.

5. Masukkan sedikit kicap manis, perasa ikan bilis, dan garam secukup rasa.

6. Masukkan kacang buncis dan nasi putih (4 mangkuk).

7. Masukkan telur hancur dan kacau2 dah masak angkat dan hidang.

Bahan-bahan:

  • Segenggam cili padi merah
  • Segenggam cili padi hijau
  • 5 biji cili besar merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 biji bawang merah besar
  • Belacan 2 inci (dibakar)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Cuka makan dlm 1 sudu besar (agak2 nak masam mcm mana)
  • Budu ketereh pati bilis 100ml

Cara Membuat Sambal Belacan dan Budu:

1. Blend semua bahan di atas.

2. Simpan dlm peti dan boleh tahan lama dlm sebulan lebih.

3. Boleh buat sebagai pes nasik goreng juga.

Sumber: Shida Razak KC 

Baca lagi: Ayam Goreng Black Pepper, Punyalah Sedap Sampai Tak Perasan Nasi Bertambah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN