kuih tepung pasung

Korang pernah makan tak kuih tepung pasung. Nama lainnya kuih serunai. Kuih ni antara kuih orang lama yang sangat sedap. Susah nak jumpa orang jual kuih ni.

So, kalau nak makan kita terpaksalah buat sendiri kat rumah. Kalau tak tahu cara nak buat, korang follow je resepi kuih tepung pasung ni kat sini. Confirm menjadi!

Kuih ni sudah pasti di gemari orang tua kita. Cara masaknya adalah menggunakan kaedah kukus. Sesuai juga dihidang dimajlis-majlis kenduri. Mesti ramai yang suka. Jarang ye orang buat kuih ni.

Baca juga: Kuih Kaswi Gula Merah, Kuih ‘Lejen’ Yang Tak Jemu Dimakan

So yang nak cuba, korang boleh follow resepi yang di kongsikan oleh Pn Habsah Ngah ni. Confirm menjadi! Ikut je sebijik-sebijik resepinya di sini.

Resipi Tepung Pasung atau Kuih Serunai


Bahan Bahagian Bawah:

  • 2 sudu gula pasir
  • 1 keping setengah gula melaka
  • 1 setengah cawan air
  • 1 helai daun pandan wangi
  • 40 gm tepung beras
  • 20 gm tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur

Bahan Bahagian Atas:

  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 setengah cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula

Bahan lain:

  • Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong

Cara membuatnya:

1. Masak gula, gula pasir dan daun pandan hingga gula hancur. Kemudian, sejukkan.

2. Tapis dan satukan dengan bahan-bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.

3. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang-lubang pengukus.

4. Seterusnya, kukus dalam 5 minit.

5. Satukan pula semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.

6. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telas di kukus 5 minit tadi.

7. Teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Kalau api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih tu tumbang.

8. Biar sejuk baru dihidangkan. Siap.


Selamat mencuba.

Sekali sekala buat kuih-kuih traditional best juga. Boleh asah skill dan ajar anak-anak nanti.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN