Ada banyak pedal dan hati ayam tapi tak tahu nak masak apa? Jom cuba resipi sambal garing manis ini, dijamin tak pandang lauk lain dah. Sekali rasa, pasti tak boleh berhenti makan!
Sesiapa yang tidak menggemari hati dan pedal ayam juga dijamin akan menyukainya selepas mencuba resipi ini. Ratah pun pasti tak cukup sepinggan, apatah lagi jika makan dengan nasi putih.
Kalau ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi yang dikongsikan oleh Aliyaa Malek di bawah menerusi laman sosial Facebook.
Baca juga: Resipi Kerisik Hati Ayam Ala Kenduri Kahwin, Tapi Dah Jarang Orang Buat!
RESIPI SAMBAL GARING MANIS HATI AYAM & PEDAL
Bahan-bahan goreng garing:
- Bawang merah kecil (hiris nipis)
- Bawang putih (hiris nipis)
- Pedal & hati ayam (rebus empuk dulu & hiris halus)
- Udang kering
Bahan kisar:
- Lada kering
- Bawang merah
- Bawang putih
Bahan tambahan:
- Gula merah
- Gula pasir
- Air asam
Cara memasak:
1. Rebus pedal dan hati sehingga empuk, kemudian hiris nipis. Seterusnya, goreng bahan ini satu per satu iaitu bawang merah kecil, bawang putih, udang kering serta pedal dan hati tadi. Goreng sehingga garing dan toskan.
2. Kemudian, tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan garing.
3. Masukkan air asam dan gula merah. Masak hingga airnya hampir kering.
4. Apabila sambal sudah agak garing, masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi. Gaul sehingga sebati.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula pasir mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Aliyaa Malek
Baca juga: Cara Masak Paru Goreng, Ini Petua Rangup & Tak Hanyir