kerisik hati ayam

Kerisik hati ayam merupakan salah satu lauk kenduri kahwin sentiasa menjadi pilihan ramai. Maklumlah, bukan selalu dapat menikmati menu seperti ini.

Namun begitu, lauk ini dikatakan sudah jarang ditemui di mana-mana kenduri kahwin. Ia mungkin disebabkan oleh generasi sekarang yang tidak menggemari hati ayam.

Jika dihidangkan di kenduri kahwin, mungkin akan menyebabkan pembaziran kerana tidak habis dimakan.

Oleh itu, jika ada yang mengidam nak makan kerisik hati ayam ini, apa kata kita cuba masak sendiri saja di rumah menggunakan resipi oleh Engku Nor di bawah.

Baca juga: Patutlah Air Sirap Kenduri Sedap Lain Macam, Rupanya Ini Resipi Rahsianya

RESIPI KERISIK HATI AYAM

Bahan-bahan:

  • Hati dan pedal ayam
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Lengkuas*
  • Cili kering*
  • Kunyit hidup*
  • Garam
  • Ajinamoto (jika suka)
  • Gula
  • Kerisik
  • Asam jawa
  • Sedikit air
  • Cili merah (dihiris)
  • Kacang panjang (dihiris)

Cara memasak:

1. Lumurkan kunyit dan garam pada hati dan pedal. Kemudian gorengkan seketika. Angkat, tos dan ketepikan.

2. Kisar bahan bertanda (*). Kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan asam jawa, garam, gula, ajinamoto, lada jarum dan sedikit air. 

4. Kemudian, masukkan kerisik. Kacau sehingga sebati.

5. Seterusnya, masukkan hati dan pedal yang sudah digoreng tadi. Kacau sehingga sebati.

6. Letakkan juga kacang panjang yang sudah dihiris. Gaul rata.

7. Biarkan sehingga kacang panjang sedikit layu.

8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

kerisik hati ayam

Kredit resipi dan gambar: Engku Nor

Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri ‘Cara Orang Lama’, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN