resepi paru goreng rangup

Resepi paru goreng rangup sangat digemari ramai. Ia sesuai digabungkan bersama nasi bungkus ayam gulai.

Namun ramai yang gagal setiap kali buat paru goreng. Kena goreng lama baru jadi rangup. Tapi rupanya ada petua supaya paru jadi rangup tanpa perlu goreng lama, paru pun tak hanyir.

Kalau ada yang tak tahu, jom baca petua yang merupakan hasil perkongsian oleh Afy AL Habibi di bawah.

RESEPI PARU GORENG RANGUP

Ini rupa paru yang telah dibersihkan. Tips hilangkan hanyir paru:

1. Rendam paru dengan sedikit gandum. Biarkan setengah jam.

2. Rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.

3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.

4. Basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.

Masukkan air 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam keping. Rebus paru sehingga masak dalam api sederhana perlahan.

Paru yang telah masak ditoskan dari periuk rebusan.

Tips untuk paru garing:

1. Hiris paru yang hendak digoreng dengan nipis.

2. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.

3. Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.

paru goreng rangup

4. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi. Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Gunakan api sederhana perlahan.

5. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap.

paru goreng rangup

6. Siap untuk paru yang garing! Nak makan cicah sos pun boleh. Sedap. Selamat mencuba!

resepi paru goreng rangup

Gabungan terbaik dengan nasi bungkus ayam gulai cincang.

resepi paru goreng rangup

Kredit: Afy AL Habibi

Baca juga: Petua Pilih Daun Limau Purut Yang Betul, Elak Masakan Jadi Pahit

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN