Setiap kali lalu kiosk Roti Boy, kita boleh bau aromanya yang cukup harum. Betapa gembiranya jika dapat tahu resepi Roti Boy yang gebu dan lembut ini bukan?
Mexican bun atau roti kopi adalah roti yang diisi dengan mentega dan mempunyai topping pastri kopi yang sangat rangup. Orang Malaysia biasanya panggil Roti Boy.
Selepas ini anda boleh cuba buat sendiri dengan resepi Roti Boy yang dikongsikan oleh Noorfarahliza Binti Abd Jalil di Facebook. Nampak sedap!
Baca juga: Roti Boy Cara Mudah Guna Sukatan Cawan, Aroma Kopi Rasa Lemak Manis!
RESEPI ROTI BOY
Bahan-bahan doh:
- 500gm tepung gandum atau roti (jika pakai tepung gandum boleh tambah 1 tsp baking powder)
- 75gm gula kastor
- 1 tsp garam
- 1 1/2 tbsp yis
- 60gm butter
- 1 biji telur
- 270gm susu segar atau air sejuk (kalau pakai air sejuk, tambah 20gm susu tepung)
Bahan-bahan topping:
- 100gm butter
- 80gm gula kastor
- 100gm tepung naik sendiri
- 2 biji telur gred A
- 2 tbsp serbuk kopi (bancuh dengan 2 tbsp air suam)
Bahan-bahan filling:
- 35gm gula perang
- 100gm butter
- 1 sk esen vanila
Cara-cara penyediaan doh:
1. Masukkan semua bahan doh dalam bread maker.
2. Uli sampai siap (jika guna mixer, gabungkan semua bahan dan mix hingga elastik dan licin).
Cara-cara penyediaan topping:
1. Putar butter dan gula dalam 5 minit, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan bancuhan kopi dan tepung, kemudian putar sampai sebati.
3. Selepas siap boleh masukkan dalam plastik atau piping bag dan sejukkan dalam peti ais.
Cara-cara penyediaan filling:
1. Pukul butter dalam 3 minit, kemudian masukkan gula dan esen vanila.
2. Pukul hingga sebati, masukkan dalam mangkuk dan bekukan di dalam peti ais. Potong lebih kurang 3cm untuk buat inti.
Cara-cara penyediaan Roti Boy:
1. Doh yang siap diuli tadi ditimbang setiap satu dengan berat 50gm dan dibulat-bulatkan.
2. Rehatkan sekejap dalam 10 minit dan boleh diisi dengan inti yang dah beku tadi (mesti tutup semua inti untuk elak terkeluar masa bakar nanti)
3. Susun doh dalam loyang pembakar yang telah disapu dengan butter. Jarak-jarakkan sebab nanti doh akan mengembang.
4. Rehatkan doh dalam masa 1 jam lagi dan boleh dipaipkan dengan topping. Buat lingkaran bulat-bulat sampai separuh doh.
5. Bakar pada suhu 180ºC dalam masa 30 minit. Roti Boy dah masak bila topping luar tu dah nampak garing.
Anda boleh gunakan resepi Roti Boy ini untuk hidangan sarapan atau minum petang. Ia lebih enak dimakan panas-panas.
Selamat mencuba!
Sumber: Noorfarahliza Binti Abd Jalil
Baca juga: Cara Buat Roti Boy Guna Roti Keping, Tak Perlu Uli Doh