masak lemak cili api

Rupanya tak susah pun nak cara buat ayam masak lemak cili api Negeri Sembilan.

Walaupun ada yang kata, “saya masak macam ni. Saya lagi suka masak macam ni.” Tidak mengapa, cara masakan setiap orang adalah berbeza.

Kalau ada yang nak cuba cara masakan seperti di bawah, ikut saja resipi di bawah. Semoga bermanfaat!

Ayam Masak Lemak Cili Api ‘Negeri Sembilan’

Bahan utama:

  • Ayam
  • Cili api
  • Serai
  • Kunyit
  • Santan
  • Asam keping
  • Garam kasar

Cara-cara:

  1. Dalam kuali, masukkan ayam. Keringkan air ayam terlebih dahulu.
  2. Kisar halus cili api, kunyit dan sedikit air. Letakkan juga serai yang diketuk.
  3. Tuangkan ke dalam kuali yang berisi ayam tadi. Keringkan air cili api dan kunyit yang telah dikisar tadi.
  4. Tuangkan air secukupnya. Kalau letak kentang, kena letak air banyak sikit.
  5. Letakkan santan mengikut selera. Jika suka pekat, lebihkan santan.
  6. Jika suka, boleh masukkan kentang. Jika suka boleh juga tambahkan rebung atau belimbing.
  7. Besarkan api sampai kuah menggelegak. Kemudian baru perlahan api sehingga kentang empuk.
  8. Letakkan garam secukupnya.
  9. Kacau sesekali, jangan sampai berkepul-kepul atas permukaan.
  10. Bila kentang dah empuk, masukkan asam keping. Tunggu 5 sehingga 10 minit baru tutup api.
  11. Selamat mencuba!

Video penuh:

@sherazulkifly

Lepas ni jgn lah ada lg yg melawan resipi asli org NEGERI SEMBILAN 😑 #SheraZulkifly #hello2023 #ayamcilipadi

♬ I Love You So – The Walters

Kredit: Tiktok sherazulkifly

Baca juga: Cara Masak Tempoyak Ikan Patin ‘Original’ Dari Pahang, Guna 4 Bahan Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN