resepi rebung

Resepi rebung ikan bilis goreng sambal ini agak mudah untuk dimasak. Selalunya rebung dibuat masak lemak cili padi kan? Tapi kali ini kita cuba goreng pula.

Bagi peminat rebung yang inginkan kelainan, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Riana Samad di bawah ini.

Baca juga: Cara Simpan Rebung Supaya Tahan Lebih Lama & Tidak Cepat Masam

RESEPI REBUNG IKAN BILIS GORENG SAMBAL

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Segenggam ikan bilis ditumbuk dengan 3 biji cili padi
  • 4 ulas bawang merah hiris
  • 2 ulas bawang putih hiris nipis
  • Segenggam daun cekur manis
  • Semangkuk rebung yang dah dicelur
  • 1/3 cawan air kosong
  • 4 sudu makan minyak
  • Garam dan perasa

Cara memasak:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai wangi. Kemudian, masukkam ikan bilis dan cili yang sudah ditumbuk. Tumis sampai ikan bilis sudah tak rasa mentah.

3. Seterusnya, masukkan rebung bersama air, garam dan perasa secukupnya. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata. Renehkan seketika sehingga air sudah agak kering.

3. Apabila air sudah agak kering, masukkan daun cekur manis. Goreng sekejap dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi rebung

Kredit resipi dan gambar: Riana Samad

Baca juga: Jom Buat Masak Lemak Cili Padi Perut Lembu Dan Rebung

Baca juga: Resipi Ikan Bilis Masak Asam Yang Lazat, Ini Petua Agar Tak Liat & Rangup Sampai Petang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN