Kalau dulu kita hanya membeli, kini dah ramai dalam kalangan para ibu yang cuba membuat sendiri menu ini di rumah. Sebenarnya tak susah pun nak menyediakan hidangan ini dan bahan-bahan yang digunakan pun sangat mudah didapati di kedai runcit. Jadi mari kita cuba resepi Apam Balik Terlajak Sedap yang dikongsikan oleh Azie Kitchen di kumpulan Resepi Siti Nurhaliza Fans di Facebook.

Resepi ini bukan hanya disukai oleh orang dewasa, tetapi kanak-anak pun turut suka makanan yang satu ini kerana rasanya yang ditambah dengan jagung dan kacang mampu menaikkan selera. Jom cuba menu ini untuk minum petang.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Resepi Mudah

TAHAP KESUKARAN

Easy

Jom Cuba Resepi Apam Balik Homemade, Rasanya Yang Lembut & Pasti Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN
  • 2 cawan tepung gandum

  • ½ cawan gula

  • 1 sudu teh soda bicarbonate

  • 1 sudu teh baking powder

  • Sedikit pewarna kuning

  • 1 biji telur

  • 1½ cawan air

  • Sedikit mentega atau planta untuk mengoles

Kredit: Azie Kitchen
BAHAN TABURAN
  • Kacang tanah – goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.

  • Jagung manis dalam tin

  • Gula halus

  • Marjerin

Kredit: Azie Kitchen
CARA-CARA
  • Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.

  • Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

  • Oleskan mentega atau marjerin di permukaan kuali. Sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non-stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.

  • Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.

Kredit: Azie Kitchen

Selamat Mencuba

Kredit: Azie Kitchen