Categories: Resipi

Resipi Petola Tumis Air Tanpa Minyak, Rasa ‘Ringan’ Tapi Tetap Lazat Menyelerakan

Resepi petola tumis air ini sangat mudah, cepat dan sihat. Walaupun tanpa minyak, rasanya tetap sedap dengan aroma bawang dan cili yang menyelerakan.

Anda juga boleh tambahkan sedikit udang kering atau ikan bilis untuk rasa lebih umami. Sesuai untuk anda yang ingin makan sihat tetapi tetap rasa sedap.

Baca juga: Resipi Sawi Bunga Sos Tiram, Tak Suka Sayur Pun Makan Berselera Walaupun Lauk Ringkas!

RESEPI PETOLA TUMIS AIR TANPA MINYAK

Bahan-bahan:

  • 1-2 batang petola (buang kulit, hiris)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 biji bawang merah (hiris)
  • 1 biji cili merah atau cili padi (ikut selera)
  • 1 biji telur (jika suka)
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam atau lada putih sikit (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bawang putih, bawang merah dan cili ke dalam kuali atau periuk.
  2. Tuang 2-3 sudu besar air dan hidupkan api sederhana.
  3. Apabila bawang mula lembut dan naik bau harum, masukkan hirisan petola.
  4. Tambah air mengikut kuantiti kuah yang diinginkan.
  5. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
  6. Bila petola hampir lembut, pecahkan telur dan biarkan masak sekejap sebelum kacau perlahan.
  7. Tutup api. Hidangan sedia untuk dihidang!

Tips penting (tanpa minyak tapi tetap sedap):

  • Gunakan api sederhana supaya bawang tidak pahit.
  • Jangan masak terlalu lama kerana petola cepat lembik.
  • Untuk rasa lebih “umami”, boleh tambah sedikit ikan bilis rebus atau udang kering.

Menu ini sangat sesuai untuk yang sedang berdiet atau nak makan ringan tapi tetap berkhasiat.

Sumber: Dior Miera

Baca juga: Cara Masak Sayur Kailan Udang Kering, Confirm Jadi Lauk Kegemaran Satu Rumah

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago