sayur kailan

Kalau dah biasa masak sayur kailan ikan masin, apa kata cuba versi guna udang kering ini pula. Resipi ini mudah, cepat disediakan dan bahan pun tak banyak. Memang sedap dimakan dengan nasi panas.

Gabungan kailan segar dengan udang kering yang digoreng garing menghasilkan rasa umami yang padu. Ditambah pula dengan sos tiram, menjadikan kuahnya berkilat dan lebih berperisa.

Baca juga: Resipi Bendi Goreng Crispy, Anak Cakap Sedap Macam Makan Ayam Goreng!

RESEPI SAYUR KAILAN UDANG KERING

sayur kailan

Bahan-bahan:

  • Sayur kailan (dicuci bersih dan ditoskan)
  • Udang kering (dicuci bersih)
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Cili padi merah dan hijau secukupnya*
  • Sos tiram
  • Sedikit serbuk pati ayam atau garam

Bahan bertanda (*) dikisar halus menggunakan chopper atau ditumbuk.

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan cili padi) sehingga naik bau dan garing sedikit.
  3. Masukkan udang kering yang telah dicuci dan tumis hingga wangi.
  4. Tambahkan sedikit sos tiram serta serbuk pati ayam atau garam mengikut cita rasa.
  5. Masukkan kailan dan gaul sebati.
  6. Kacau sekejap hingga sayur sedikit layu, kemudian tutup api.

Sedia untuk dihidang! Sayur kailan udang kering ini memang sesuai dijadikan lauk sampingan bersama nasi putih dan lauk goreng lain.

Sumber: Hana Ramli

Baca juga: Resipi Sayur Paku Rawan Tumis, Ramai Suka Sebab Teksturnya Meletup Bila Gigit!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN