
Resepi petola tumis air ini sangat mudah, cepat dan sihat. Walaupun tanpa minyak, rasanya tetap sedap dengan aroma bawang dan cili yang menyelerakan.
Anda juga boleh tambahkan sedikit udang kering atau ikan bilis untuk rasa lebih umami. Sesuai untuk anda yang ingin makan sihat tetapi tetap rasa sedap.
Baca juga: Resipi Sawi Bunga Sos Tiram, Tak Suka Sayur Pun Makan Berselera Walaupun Lauk Ringkas!
RESEPI PETOLA TUMIS AIR TANPA MINYAK

Bahan-bahan:
- 1-2 batang petola (buang kulit, hiris)
- 2 ulas bawang putih (ketuk)
- 1 biji bawang merah (hiris)
- 1 biji cili merah atau cili padi (ikut selera)
- 1 biji telur (jika suka)
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam atau lada putih sikit (jika suka)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan bawang putih, bawang merah dan cili ke dalam kuali atau periuk.
- Tuang 2-3 sudu besar air dan hidupkan api sederhana.
- Apabila bawang mula lembut dan naik bau harum, masukkan hirisan petola.
- Tambah air mengikut kuantiti kuah yang diinginkan.
- Perasakan dengan garam dan lada hitam.
- Bila petola hampir lembut, pecahkan telur dan biarkan masak sekejap sebelum kacau perlahan.
- Tutup api. Hidangan sedia untuk dihidang!
Tips penting (tanpa minyak tapi tetap sedap):
- Gunakan api sederhana supaya bawang tidak pahit.
- Jangan masak terlalu lama kerana petola cepat lembik.
- Untuk rasa lebih “umami”, boleh tambah sedikit ikan bilis rebus atau udang kering.
Menu ini sangat sesuai untuk yang sedang berdiet atau nak makan ringan tapi tetap berkhasiat.
Sumber: Dior Miera
Baca juga: Cara Masak Sayur Kailan Udang Kering, Confirm Jadi Lauk Kegemaran Satu Rumah
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














