resepi sup ayam halia

Apabila badan rasa tak berapa sihat, sup panas yang berkhasiat sentiasa menjadi penyelamat untuk menyegarkan badan. Jika ingin masak sup di rumah, boleh cuba resepi Sup Ayam Halia Lada Hitam.

Sup Ayam Halia Lada Hitam menggunakan bahan-bahan asas yang kebanyakannya sudah ada di dapur seperti ayam, halia, lada hitam, bawang-bawang dan serai. Paling menarik, ia tak perlu ditumis dan hanya reneh sampai semuanya mesra.

Buat anda yang inginkan hidangan memberi tenaga, jom cuba resepi Sup Ayam Halia Lada Hitam oleh Lin Zalika di Facebook ini. Walaupun hidangan ini nampak ringkas, tapi penuh rasa dan berkhasiat. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sup Ayam Mudah, Ada Petua Kuah Lebih Ringan & Rasa Umami Luar Biasa!

RESEPI SUP AYAM HALIA LADA HITAM

resepi sup ayam halia

Bahan-bahan:

  • Ayam (anggaran satu mangkuk)
  • 1 batang serai (dipotong dan diketuk)
  • Halia secukupnya (dihiris)
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Beberapa ulas baby garlic (bawang putih muda)
  • Sedikit daun bawang
  • 1 sudu gula
  • Garam secukupnya.

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, masakkan air dalam periuk sampai panas dan lebihkan air untuk dihirup.

2. Kemudian, tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam.

3. Selepas itu, masukkan serai, halia, bahan tumbuk, ayam, garam dan gula.

4. Seterusnya, tutup dan biarkan ia masak.

5. Selepas ayam sudah masak, masukkan baby garlic dan daun bawang. Siap untuk dihidang!

Bagi menambahkan kelazatan dalam resepi Sup Ayam Halia Lada Hitam ini, anda boleh makan dengan nasi panas dan sambal kicap. Jika anda berada dalam pantang atau badan masuk angin, bolehlah cuba menu ini di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Lin Zalika

Baca juga: Sup Ayam Sedap Buat Tumis Darat, Menu Simple Tapi Rasa Tak Ingat Dunia

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN