Categories: Resipi

Resipi Ikan Sambal Cili Padi, Rasa ‘Menyengat’ Sampai Makan Licin Ke Tulang

Jika anda peminat hidangan pedas, resepi ikan sambal ini wajib dicuba! Mudah disediakan dan rasanya pasti buat anda nak tambah nasi lagi.

Ikan goreng rangup dipadankan dengan sambal cili padi yang pedas dan wangi, sesuai dimakan bersama nasi putih panas.

Baca juga: Resipi Sup Ikan Merah, Ikut Cara Ini Tak Ada Rasa Hanyir Langsung & Isi Pun Tak Hancur

RESEPI IKAN SAMBAL CILI PADI

Bahan-bahan:

  • 500g ikan selar (dicuci, digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng)
  • 1 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 3 biji cili merah*
  • 15 biji cili padi*
  • 1 sudu kecil belacan*
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • 1 biji bawang holland (dihiris nipis)

(*Bahan ini akan dikisar)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar kasar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan belacan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau wangi.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul rata.
  4. Masukkan ikan goreng dan bawang holland yang dihiris. Gaul perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur.
  5. Biarkan sekejap sehingga bawang layu. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Sumber: Wiwien Chempaka

Baca juga: Resipi Ikan Masak Kicap Ala Thai, Kuah Pekat Beraroma & Rasa Memang Lain Dari Biasa!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago