sawi bunga

Sawi bunga sos tiram antara lauk sayur yang mudah disediakan tapi tetap nikmat apabila dimakan bersama menu lauk lain.

Resipi sayur ini bukan sahaja kaya dengan serat, malah cepat dimasak dan sesuai dijadikan menu makan tengah hari. Dengan penggunaan sos tiram pula, rasa sayur ini menjadi lebih menarik dan lazat.

Resipi ringkas ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu lauk sihat tanpa perlu menghabiskan masa lama di dapur. Cubalah hari ini dan pasti menjadi kegemaran keluarga.

Baca juga: Resipi Sayur Campur Dengan Tauhu Telur, Ikut Cara Ini Campak-Campak Saja!

RESIPI SAWI BUNGA SOS TIRAM

sawi bunga

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

  1. Celur sayur dalam air mendidih sehingga separa layu, kemudian tos dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi dan keperangan. Masukkan sos tiram dan kacau rata.
  3. Tambahkan sedikit air dan sesuaikan rasa mengikut cita rasa anda. Jika mahu kuah lebih pekat, bancuhkan sedikit tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam kuah.
  4. Tuangkan kuah panas ke atas sayur yang telah dicelur. Hidangkan segera untuk rasa yang terbaik.

Mudah saja kan? Jadi, kalau tiada idea nak masak lauk sayur apa. Jangan lupa cuba masak menu ini di rumah nanti.

Sumber resipi dan gambar: Sharifah Masturah

Baca juga: Cara Masak Sayur Kailan Udang Kering, Confirm Jadi Lauk Kegemaran Satu Rumah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN