Rupanya, anda tidak memerlukan banyak bahan untuk menghasilkan mi goreng sedap dan menggoda. Dengan resipi ini, hanya bawang putih diperlukan untuk menumis.
Dengan langkah-langkah mudah dan bahan yang ringkas, mi goreng ini bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga pasti sangat memuaskan selera. Jom lihat resipi penuh di bawah.
Baca juga: Cara Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Ikut Petua Ini Dijamin Berkesan!
RESEPI MI GORENG SEDAP
Bahan-bahan:
- 2-3 ulas bawang putih (ketuk)
- Cili giling
- Sos cili dan sos 3 rasa (jenama Mahsuri)
- Ayam
- Udang
- Mi kuning
- Sawi
- Kicap mee
- Kiub ayam (jenama pilihan)
Cara-cara:
- Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili giling sehingga naik bau wangi.
- Kemudian, masukkan udang dan ayam. Kacau rata dan masak sehingga berubah warna. (Tip: Nak lagi sedap, boleh tambah sotong!)
- Masukkan sos cili, sos 3 rasa, dan kiub ayam. Kacau sebati dan biarkan seketika sehingga bahan-bahan mesra.
- Masukkan mi kuning dan sedikit air panas. Gaul rata supaya mi lembut dan terserap perasa.
- Akhir sekali, masukkan sawi dan kicap mee. Kacau lagi sehingga semua bahan masak sekata dan mi berwarna cantik.
Tips:
- Untuk elakkan mi kembang, bila dah nak siap, letak air panas, kacau sedikit dan tutup api.
Kredit resipi dan gambar: أم عقيل فوزيه يوسف
Baca juga: Resipi Mee Goreng Togel Ala Mak Cik Kantin Sekolah, Simple Tapi Sedap Yang Amat!