resepi cucur bilis rangup

Resepi cucur bilis rangup yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin ini memang sedap! Makan panas-panas, memang padu dan terangkat!

Percayalah, sekali cuba pasti takkan cari resipi lain lagi. Makan begitu sahaja pun dah puas hati, tapi kalau nak lebih sedap, boleh juga dinikmati dengan sos cili.

Tak perlu buat menu yang susah-susah, menu simple macam ini pun dah cukup buat keluarga tersenyum. Sesuai sangat untuk sarapan atau minum petang.

Baca juga: Resipi Cucur Labu Untuk Minum Petang, Gerenti Lembut & Bulat Elok

RESEPI CUCUR BILIS RANGUP

resepi cucur bilis rangup

Bahan-bahan:

  • 300 gram tepung gandum (saya guna jenama Faiza)
  • 100 gram ikan bilis
  • 8 tangkai cili kering
  • 1/2 cawan daun kucai cincang
  • Garam secukupnya
  • Air panas secukupnya

Cara-cara:

  1. Campurkan daun kucai cincang dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
  2. Sementara itu, potong kecil cili kering, kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang telah dibersihkan. Masukkan ke dalam campuran tepung tadi dan gaul rata.
  3. Tuangkan air panas (pastikan betul-betul panas) ke dalam mangkuk tepung, kemudian gaul (gunakan senduk untuk mengelakkan melecur) hingga adunan menjadi tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kuantiti air panas perlu disesuaikan.
  4. Biarkan adunan sekejap (lebih kurang 10-15 minit). Kemudian, goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
  5. Hidangkan panas bersama sos pilihan. Nikmati!

Nota: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut di bahagian dalam.

Kredit resipi dan gambar: Sue M Arukin

Baca juga: Cucur Udang Istimewa Mak Tun, Resipi Air Tangan Orang Dulu-Dulu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN