menbosha​

Bagi peminat rancangan televisyen Korea Restaurant on Wheels USA, pasti anda pernah melihat Chef Lee Yeon Bok dan pasukannya memasak hidangan Mian Bao Xia yang juga dikenali sebagai Menbosha​ atau Shrimp Toast, ini untuk dijual.

Hidangan ini kelihatan mudah dan sangat menyelerakan. Ia berupa roti yang dipotong kecil, dikapit dengan inti, dan digoreng hingga rangup. Walaupun nampak mudah dan menggoda selera, tidak banyak restoran yang menjualnya.

Jadi, jom cuba buat sendiri! SaudariNur Fakhira Mohd Rosli ada kongsikan cara-caranya di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Roti Celup Telur Sardin, Anak-Anak Cakap Sedap Tak Tipu!

RESEPI MENBOSHA​ (FRIED SHRIMP TOAST)⁣

Bahan-bahan:

  • Roti secukupnya
  • 300 gm udang
  • 1/2 batang lobak merah (hiris)
  • 1 pokok daun sup (hiris)
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • Sedikit serbuk perasa
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Minyak secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan isi udang, lobak merah, daun sup, tepung jagung, serbuk lada putih, serbuk perasa, dan garam secukup rasa ke dalam blender kering. Blend sehingga lumat.
  2. Pecahkan telur dan kacau rata.
  3. Ambil 2 keping roti dan potong kepada 4 bahagian.
  4. Letakkan inti pada sekeping roti yang telah dipotong, dan tekan bagi melekat. Ulang sehingga habis. Boleh dibekukan.
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Siap untuk dihidangkan

Info tambahan:

  • Menbosha perlu digoreng tanpa dicelup telur atau tepung. Ini kerana untuk mendapatkan kesan garing di luar dan moist di dalam.
  • Tips untuk mengelakkan roti menyerap minyak: pastikan minyak betul-betul panas. Goreng dengan api sederhana, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.
  • Boleh juga cuba membakar dalam oven atau air fryer. Mungkin lebih sihat. Pastikan roti tetap rangup agar lebih sedap!

Kredit resipi dan gambar: Nur Fakhira Mohd Rosli

Baca juga: Roti Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat Roti Kering Bergula Yang Rangup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN