puding roti coklat milo

Puding Roti Coklat Milo memang menjadi kegemaran seisi keluarga. Rasanya yang lembut dan lebih enak dimakan sejuk-sejuk membuatkan anak turut menyukai menu pencuci mulut ini.

Kalau sebelum ini anda hanya pernah mencuba resepi puding roti biasa, kali ini anda boleh cuba resepi puding roti coklat milo yang dikongsi Iedaa Jahaya ini.


Resipi Puding Roti Coklat Milo


1 paket agar-agar serbuk bahagi kepada dua. Untuk lapis atas bawah. Loyang 6 inci. Nak guna acuan pun boleh.

Bahan agar-agar:

1/2paket agar-agar serbuk
450ml air
5sdb susu pekat
70g coklat masakkan

Cara membuatnya:

1. Campur dan sebatikan semua bahan dulu sebelum dimasak. Api sederhana, kacau hingga membuak-buak. Tutup api.

2. Ambil 1 sd adunan coklat renjiskan atas loyang dan biarkan seketika.

Bahan Adunan Milo:

1/2paket agar-agar
2sdb milo 1sdk serbuk koko van houten. Bancuh dengan air suam tuang masuk dalam blender
2keping roti potong-potong atau carik je pun boleh
3sdb susu pekat
5sdb gula..kurang manis tambah je lagi
450ml susu cair atau susu segar

Cara membuatnya:

1. Blend semua bahan. Tapis masuk periuk dan masak hingga mendidih. Tutup api.

2. Tuang kedalam loyang yang dititis adunan coklat tadi.

3. Biarkan mengeras sekejap. Baki adunan coklat tadi dimasak kembali supaya mencair.

4. Kacau-kacau hingga adunan mencair.

5. Bila cair tutup api. Tuang perlahan-lahan atas lapisan milo. Masuk dalam peti sejuk

6. Bila dah keras keluarkan perlahan-lahan dari loyang. Potong. Sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba


Baca juga: Resipi Mudah Kek Marshmallow Milo, Rasanya Yang ‘Chewy’ Sumpah Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN