nasi kandar jepun

Nampaknya makanan kegilaan, nasi kandar Penang yang femes kat Malaysia kini dah bertapak di Jepun gais.

Siapa je yang tak terliur kalau tengok nasi, kuah kari campur dan lauk-pauk yang penuh dalam pinggan kan. Mesti nak ngap punya.

Baca juga: Ini 5 Fakta Menarik Tentang Sepinggan Nasi Kandar Yang Mungkin Korang Tidak Tahu

Menerusi laporan Japanese Heart, kedai yang diberi nama ‘Zero Two Nasi Kandar Tokyo‘ ini baru dibuka pada Januari lalu dan kedai pertama di sana yang menyajikan makanan authentic Malaysia-India.

Hidangan utama kedai ini ialah sepinggan nasi kandar yang dihidangkan bersama-sama enam pilihan kari yang berbeza dan lauk kegemaran orang kita seperti telur rebus, sayur bendi, ayam goreng, udang goreng, sotong, daging kambing, dan banyak lagi.


Yang bestnya, nasi kandar ini dihidangkan dalam daun pisang serta pinggan plastik klasik berwarna cerah sebijik macam kita boleh jumpa di kedai mamak atau gerai.

Makanan yang dihidangkan halal


Semua barangan di kedai itu dikatakan halal dan mereka juga mempunyai pilihan menu vegetarian.

Sayur-sayuran yang digunakan dalam hidangan restoran ini juga segar dan diperolehi secara organik direct daripada petani di Jepun.

Idea datang ketika travel ke Malaysia

Restoran ini dikendalikan oleh seorang lelaki bernama Tateda, yang jatuh cinta lepas makan nasi kandar semasa travel ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Kedai ini juga dilengkapi dengan nilai estetika dan mural Malaysia di dinding, memang menjadi tempat port ‘instagrammable’ kepada pengunjung yang datang makan ke situ.

Melihat pula dari rupa halaman media sosial restoran itu, kedai ini juga agak popular di kalangan penduduk tempatan dengan pelanggan beratur untuk makan sepanjang hari.


Dikatakan sold out setiap hari dibuka.

Lepas ni dah tak ada istilah mengidam nasi kandar dah dekat Jepun. Jika berada di sana, kedai nasi kandar ini terletak berhampiran Otemachi dan Chiyoda di bandar Tokyo.

ps: Tiba-tiba min craving pula nasi kandar, nak food hunter duluan lah~


Sumber: Astro Awani, Japanese Heart

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN