Resepi lempeng kelapa adalah hidangan yang sangat digemari ramai. Dengan teksturnya yang lembut dan wangi, lempeng ini sering jadi pilihan untuk sarapan atau kudapan petang.
Lempeng kelapa boleh dinikmati dengan sambal hijau atau sambal tumis, memberikan rasa yang lebih mantap. Dan yang paling menarik, anda membuat lempeng ini dalam pelbagai saiz, sama ada saiz kecil comel atau saiz biasa.
Resipi ini sangat senang dan bahan-bahannya pun mudah didapati. Mari kita lihat cara penyediaannya dengan lebih lanjut di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Lempeng Sedap Tanpa Guna Telur, Tetap Gebu & Lembut Sampai Petang!
RESEPI LEMPENG KELAPA
Bahan-bahan:
- 1 cawan nasi
- 2 1/2 cawan air
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan kelapa muda
- Secubit garam
- Sedikit minyak masak
Cara penyediaan:
- Kisar 1 cawan nasi dengan 2 1/2 cawan air hingga halus.
- Masukkan campuran nasi ke dalam satu bekas.
- Tambahkan 2 cawan tepung gandum, 2 cawan kelapa muda, secubit garam dan sedikit minyak masak ke dalam bekas tersebut.
- Gaul rata semua bahan hingga sebati dan bercampur rata.
- Panaskan acuan dan tuang adunan mengikut saiz yang diingini.
- Masak hingga kedua-dua belah lempeng berwarna keemasan.
Lempeng kelapa siap untuk dihidangkan bersama sambal hijau atau sambal tumis!
Kredit resipi dan gambar: Hajah Zainab Bt Mawan
Baca juga: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis