sambal ikan bilis sedap

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Nor Farah Atika, berkongsi resepi sambal ikan bilis sedap hasil ajaran ibunya.

Menurutnya, sambal ini memang cukup rasa, pekat dan tidak cair. Memang akan membuatkan sesiapa yang makan automatik tambah sehingga 3 pinggan!

Bukan itu sahaja, orang sekelilingnya juga turut meminta resepi kerana kata mereka sambal ini unik dan berbeza daripada yang lain.

Beliau juga berkongsi satu petua untuk menghasilkan sambal yang sedap. Jika anda guna resipi ini, dijamin tidak akan tukar resepi lain lagi. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Beras Panjang, Harum Semerbak & Elok Berderai

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS SEDAP

sambal ikan bilis sedap

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • Cili kisar
  • Nisan
  • Asam jawa
  • Garam atau perasa
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga halus. Untuk sambal yang lebih pekat, pastikan lebihkan bawang. Jangan kedekut bawang kerana ia akan membuat sambal lebih pekat dan sedap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak lebih sedikit, kerana sambal akan lebih sedap). Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar ke dalam tumisan. Jika suka pedas boleh lebihkan cili, tapi letak sesenduk saja kalau tak tahan pedas. Kacau rata.
  4. Untuk rasa manis, masukkan sedikit nisan atau gula melaka. Ini akan memberi rasa sambal yang lebih enak dan cantik. Kalau tiada, gula biasa pun boleh.
  5. Masukkan sedikit air asam jawa (atau boleh ganti dengan asam keping jika tiada).
  6. Biarkan sambal dimasak sehingga kering dan pekat. Boleh tambah sedikit air jika sambal terlalu pekat dan ulang langkah ini 2-3 kali. Teknik ini membantu sambal menjadi lebih tahan lama dan tak sakit perut.
  7. Bila sambal dah kering dan pecah minyak, masukkan ikan bilis. Ada dua cara: jika suka ikan bilis rangup, goreng terlebih dahulu dan ketepikan. Jika suka ikan bilis yang lembut, terus masukkan ke dalam sambal. Jadi, boleh buat kedua-dua versi ikut selera.
  8. Akhir sekali, perasakan sambal dengan garam atau aji mengikut cita rasa anda. Kacau rata dan rasa. Bila sambal sudah cukup sedap dan kena dengan tekak, tutup api.
  9. Jika minyak banyak, boleh keluarkan minyaknya. Jangan biarkan terlalu banyak minyak, kerana kita tak nak makan sambal yang terlalu berminyak. Taburkan ikan bilis goreng di atas sambal dan sambal ikan bilis pun siap untuk dinikmati!

Kredit resipi dan gambar: Nor Farah Atika

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Pandan Paling Mudah, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN