resipi rendang

Mudah sangat nak buat rendang sebenarnya. Kalau ada yang pertama kali nak buat rendang, ikut saja resipi rendang langkah demi langkah di bawah ini. Dijamin pasti menjadi!

Rendang enak dimakan bersama nasi, lemang atau dimakan bersama ketupat. Tak semestinya waktu raya saja boleh makan, bila-bila masa juga sesuai.

Kalau nak tunggu raya, lama lagi la boleh makan rendang. Apa kata jom masak nanti untuk hidangan seisi keluarga.

Resipi Rendang Langkah Demi Langkah

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit
  • Serai

Bahan-bahan lain:

  • Cili boh (agak-agak)
  • Ayam 2 ekor (2 kg)
  • Garam
  • Santan kelapa segar/santan kotak
  • Air
  • Gula melaka
  • Kerisik
  • Daun limau, daun kunyit (hiris halus)

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan kisar. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.

2. Tumis dalam beberapa minit. Kemudian masukkan cili boh (agak-agak) Sebab cili api yang dikisar pun tadi pun pedas.

3. Kacau sebati. Akan jadi macam ni dan masak seketika.

4. Kemudian masukkan ayam yang sudah siap cuci bersih.

5. Gaul rata ayam dengan semua bahan.

6. Kemudian perasakan dengan garam. Ikut selera masing-masing nk guna garam jenis kasar/halus.

7. Kemudian masukkan santan kelapa/santan kotak segera.

8. Tambahkan 1setengah air masak dalam kotak kara.

9. Kerap-kerap kacau supaya rendang tidak hangus.

10. Kemudian bila rendang agak kering sedikit, masukkan gula melaka.

resipi rendang

11. Diikuti dengan kerisik.

resipi rendang

12. Bila gula melaka dan kerisik sudah sebati. Masukkan daun limau dan daun kunyit.

resipi rendang

13. Masak sampai daun limau dn daun kunyit agak layu kemudian tutup api.

resipi rendang

Siap. Selamat mencuba!

resipi rendang

Kredit: Nurul Jannah Zakariar

Baca juga: Petua Buat Sayur Lemak Putih Yang Padu. Kena Tumbuk Bahan Ini, Jangan Kisar!