Resepi labu air ini sesuai untuk mereka yang tidak menggemari masakan bersantan. Cara memasaknya juga cukup ringkas dan mudah untuk dicuba.
Untuk pengetahuan anda, sayur labu air ini bersifat sejuk dan rasa tawar. Sebab itu, kita perlu tambahkan sedikit lada hitam semasa memasaknya.
Namun begitu, sayur labu air ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Sangat sedap dimakan dengan nasi panas, ikan goreng garing, ikan kering dan sambal belacan. Jom cuba!
Baca juga: Cara Masak Sayur Pedas Petola, Tinggal Rebus Je Semua Bahan Tanpa Guna Minyak!
RESEPI LABU AIR
Bahan-bahan tumbuk:
- Bawang putih
- Bawang merah
- Sedikit lada hitam
Bahan-bahan lain:
- Labu air (potong kecil dan cuci bersih)
- Isi ikan rebus/panggang (tumbuk dan ramas)
- Daun kesum
- Air secukupnya untuk kuah
- Garam
- Perasa
Cara memasak:
1. Masukkan labu yang sudah dipotong kecil dan dicuci bersih ke dalam periuk bersama air. Kuantiti air mengikut sukatan kuah yang disukai.
2. Kemudian, masukkan juga bahan tumbuk, isi ikan dan daun kesum. Gaul sehingga sebati dan tunggu sehingga mendidih.
3. Seterusnya, masukkan garam dan perasa. Kacau dan biarkan lagi sehingga mendidih.
4. Apabila sudah mendidih, siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zamila Omar Mohammad
Baca juga: Resipi Sup Bayam Mudah, Anak Yang Tak Suka Sayur ‘Confirm’ Akan Makan Licin!