PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-30 05:44:08

Resepi Cupcake Pandan Gula Melaka sedap dan lembut yang disusun di dalam paper cup ini sangat menarik dan comel sehingga mampu membangkitkan selera orang ramai. Cupcake ini antara yang paling disukai orang ramai lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak.

 

Cupcake Pandan ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa iaitu pagi, petang mahupun makan malam. Selain itu, cupcake ini sering dijadikan hidangan majlis perayaan atau pun untuk sambutan ulang tahun kelahiran. Jadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Azlina Ina di kumpulan Sedapnya Resepi di Facebook.

 

Kredit: Azlina Ina

 

 

Cara pembuatan sirap gula melaka

  1. 1 ketul gula melaka (pecah-pecahkan).
  2. Sedikit gula merah.
  3. Air 1 cawan setiap seketul.
  4. Masak sampai larut dan pekat. Kemudian biarkan sejuk. 

 

Cara pembuatan Cup Cake 

Bahan A

  1. 3 biji telur ayam
  2. 1/2 cawan gula kastor
  3. 1 sudu besar ovalate
  4. 1sudu besar emolco pandan coconut
  5. 1/2 sudu besar pewarna hijau (dark green)
  6. 1 cawan tepung gandum (+1 sudu kecil baking powder)
  7. Kacau sampai kembang gebu

Bahan B

  1. Mula-mula cairkan butter.
  2. Dah kembang elok adunan A tadi, kemudian masukkan butter cair tadi (1/4 cawan).
  3. Kacau sebati.
  4. Isi dalam cup ¾, Suhu 170 api atas bawah .
  5. Masa 20 minit dan siap.

 

Kredit: Azlina Ina

 

Cara pembuatan cream

  1. 250g butter premium unsalted
  2. 1/2 cawan gula ising
  3. Mix sebati
  4. Tambah 125g cream cheese
  5. Dah elok sebati, tambah 1 cawan whipping non dairy 
  6. Nak tambah sirap gula melaka ke dalam pun boleh atau parutan gula melaka 
  7. Masukkan cream dalam piping beg (guna nozel 1M atau 2M)
  8. Buat bulatan rosset
  9. Renjiskan sirap gula melaka tadi dan hias dengan coconut hawaian flakes letak daun pandan

 

Kredit: Azlina Ina

 

Selamat Mencuba

Kredit: Azlina Ina