tips simpan udang

Ikut tips simpan udang supaya tahan lama ini. Barulah tak membazir beli udang bukan main mahal tapi bila simpan lama dalam peti ais, tengok-tengok udang dah jadi lembik dan hitam.

Rupanya ada tips yang boleh dipraktikkan bagi memastikan udang yang disimpan tahan lama, kekal segar, isi lembut dan tak lembik.Tips ini telah dikongsikan oleh Juliana Ibrahim.

Tips Simpan Udang Supaya Kekal Segar & Tahan Lama

Dulu-dulu Bos Cina saya bagi petua. Kalau nak simpan udang tahan lama & fresh isinya, taburkan gula sebelum simpan dlm peti ais.

Saya ikut petua ni dari dulu. Memang betul isi udang tak lembik-lembik & lembut. Korang kalau nak cuba, boleh cuba.

Kredit: Juliana Ibrahim

Baca juga: Petua Cuci Siput Sedut Sampai Hilang Segala Lumpur & Lendir, Rasa Pun Jadi Manis!