Categories: Resipi

Resipi Kuih Lapis Labu Bunga Telang, Bukan Saja Cantik Tapi Rasa Lembut & Berlemak

Kuih lapis labu bunga telang ini bukan sahaja menarik dengan gabungan warna kuning dan biru, malah teksturnya juga lembut dan cukup lemak. Warna kuning datang daripada labu yang dilenyek, manakala warna biru pula menggunakan air bunga telang.

Kalau selalu buat kuih lapis dengan satu warna atau warna biasa, resipi ini boleh dicuba untuk kelainan. Gabungan labu dan bunga telang menjadikan rupa kuih lebih menyerlah apabila dihidangkan pada majlis istimewa.

Cara membuatnya juga tidaklah sesusah yang disangka. Adunan hanya perlu disediakan mengikut dua bahagian, kemudian dikukus secara berlapis sehingga masak. Setiap lapisan pula dikukus selama beberapa minit sebelum dituangkan lapisan seterusnya.

Baca juga: Resipi Kuih Cara Crispy Yang Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Sebiji Tak Cukup!

RESEPI KUIH LAPIS LABU BUNGA TELANG

Bahan bahagian labu/kuning:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan labu yang direbus atau dikukus dan dilenyek
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam

Bahan bahagian biru:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air bunga telang
  • Sedikit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Untuk bahagian labu, campurkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung dan gula pasir dalam satu bekas.
  2. Masukkan santan, air, garam dan labu yang sudah direbus atau dikukus serta dilenyek. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  3. Tapis adunan supaya hasilnya lebih halus dan tidak berketul. Jika mahu lebih mudah, adunan juga boleh dikisar menggunakan pengisar.
  4. Untuk bahagian biru pula, campurkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung dan gula pasir.
  5. Masukkan santan, air bunga telang dan sedikit garam. Kacau hingga sebati, kemudian tapis adunan.
  6. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Sapu sedikit minyak pada acuan atau loyang yang digunakan supaya kuih mudah dikeluarkan selepas masak.
  7. Tuangkan lapisan pertama daripada adunan labu atau kuning. Kukus selama kira-kira 5 minit.
  8. Selepas itu, tuangkan lapisan biru di atasnya dan kukus lagi selama 5 minit.
  9. Ulang proses melapis secara berselang-seli sehingga semua adunan habis.
  10. Untuk lapisan terakhir, kukus sehingga kuih benar-benar masak, iaitu keseluruhan proses mengambil masa kira-kira 20 minit.
  11. Biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong supaya lapisannya lebih kemas dan tidak mudah rosak.

Sumber: Ied Ad

Baca juga: Cara Buat Kuih Sekaya Telur Pantai Timur, Lemak Manis & Sukar Ditemui Selain Bulan Puasa

Wan N

Recent Posts

Resipi Kerang Masak Serai, Bau Tumisan Halia & Bawang Putih Naikkan Selera Makan!

Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…

4 hours ago

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

7 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

7 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

8 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

8 hours ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

8 hours ago