Categories: Resipi

Cara Buat Sosej Homemade Yang Sihat & Sedap, Guna 3 Keping Isi Ayam Boleh Dapat 38 Biji!

Resepi homemade sosej ini memang sesuai dicuba kalau anak-anak suka makan sosej tetapi dalam masa sama ibu ayah nak selitkan sayur dalam makanan mereka. Isi ayam dikisar bersama telur, sayur dan beberapa bahan perasa sebelum dikukus menggunakan acuan sosej.

Menariknya, sosej homemade ini tidak memerlukan pewarna kerana penggunaan paprika dan serbuk cili sudah memberikan warna yang cantik. Kalau anak-anak tak makan pedas, tak perlu letak serbuk cili.

Sekali buat boleh dapat sekitar 38 ketul sosej, bergantung pada saiz acuan yang digunakan. Lebih senang, buat banyak-banyak pada hujung minggu dan simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak makan, boleh terus masak menggunakan air fryer atau goreng sehingga bahagian luarnya garing.

Baca juga: Jom Cuba Buat English Muffin Homemade, Tak Perlu Oven Tapi Guna Kuali Leper Saja!

RESEPI HOMEMADE SOSEJ

Bahan-bahan:

  • 3 keping isi ayam
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • Bawang putih secukupnya
  • Bawang holland secukupnya
  • Saderi secukupnya
  • Lobak merah secukupnya
  • Brokoli secukupnya
  • Pak choy secukupnya
  • Serbuk cili secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk paprika secukupnya
  • Perasa cendawan secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk disembur pada acuan

Nota: Kuantiti sayur dan bahan perasa boleh disesuaikan mengikut cita rasa. Jika tidak suka pedas, chili flakes boleh tidak dimasukkan.

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan isi ayam, telur, tepung ubi, perasa cendawan, garam, serbuk lada hitam, serbuk paprika dan serbuk cili ke dalam food processor. Kisar sehingga isi ayam hancur dan semua bahan sebati. Tidak perlu masukkan air.
  2. Masukkan bawang holland, bawang putih, saderi, pak choy, brokoli dan lobak merah sedikit demi sedikit. Kisar lagi sehingga semua sayur hancur dan sebati dengan adunan ayam. Jika blender susah berpusing, boleh tambah sedikit air.
  3. Sembur sedikit minyak pada acuan sosej supaya adunan tidak melekat selepas dikukus.
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag, kemudian paipkan ke dalam setiap ruang acuan sehingga habis.
  5. Tutup acuan dan kukus sehingga sosej masak sepenuhnya.
  6. Ulang proses yang sama sehingga semua adunan habis. Hasilnya boleh dapat sekitar 38 ketul sosej, bergantung pada saiz acuan.
  7. Sosej yang sudah dikukus boleh terus dimakan atau dimasak menggunakan air fryer sehingga bahagian luarnya garing. Kalau tiada air fryer, boleh juga digoreng.

Sumber: Nazz Mernas

Baca juga: Cara Buat Dumpling Ayam Homemade, Letak Inti Penuh-Penuh Memang Puas Makan!

Wan N

Recent Posts

Ini Sukatan Bancuhan Ikan Celup Tepung Terengganu Yang Menjadi, Rangup Berhabuk Elok!

Terasa rindu nak makan ikan celup tepung Terengganu, tetapi kesibukan kerja membuatkan kita tak selalu…

3 hours ago

Cara Mudah Buat Penyaram Pandan, Perap Semalaman Rahsia Kuih Jadi Lebih Lembut!

Kuih penyaram pandan antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, terutama bagi penggemar kuih berasaskan…

3 hours ago

Puding Tutti Frutti Untuk Jamuan Kelas Akhir Tahun, Resipinya Mudah & Tak Perlu Banyak Bahan

Kalau sedang mencari idea pencuci mulut untuk jamuan kelas anak-anak, boleh cuba buat puding tutti…

3 hours ago

Terung Bakar Cicah Telur Separuh Masak, Nampak Biasa Tapi Ramai Suka Gabungan ‘Rare’ Ini!

Kadangkala, hidangan yang paling ringkas itulah yang paling membuka selera. Terung bakar yang dipetik segar…

3 hours ago

Konon Nak Selamatkan Nasi Hampir Basi, Tapi Cara Peniaga Ini Guna Plastik Beras Buat Ramai Risau

Tindakan seorang lelaki yang berkongsi cara mengukus semula nasi hampir basi menggunakan plastik pembungkus beras…

3 hours ago

Resipi Kuih Tepung Bungkus, Sekali Gigit Terus Rasa Inti Kelapa Manis Bersalut Tepung Beras Lemak!

Resepi kuih tepung bungkus antara kuih tradisional yang mempunyai peminatnya tersendiri. Gabungan inti kelapa manis,…

5 hours ago