Categories: Resipi

Cara Mudah Buat Penyaram Pandan, Perap Semalaman Rahsia Kuih Jadi Lebih Lembut!

Kuih penyaram pandan antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, terutama bagi penggemar kuih berasaskan tepung beras dan gula. Aromanya yang harum daripada daun pandan memberikan kelainan pada penyaram biasa.

Kalau selalu beli di pasar atau gerai kuih, kali ini boleh cuba buat sendiri di rumah. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati dan cara penyediaannya tidak terlalu rumit.

Menariknya, adunan kuih penyaram pandan ini perlu diperap selama 2 hingga 4 jam atau semalaman sebelum digoreng. Menurut perkongsian resipi, perapan semalaman boleh menghasilkan kuih yang lebih lembut. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Kuih Dorayaki Lembut & Gebu, Boleh Letak Aneka Inti Disukai… Bukan Hanya Kacang Merah!

RESIPI KUIH PENYARAM PANDAN

 Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan air suam
  • 1 cawan santan cair
  • Sedikit garam
  • 4 helai daun pandan
  • ½ cawan air (untuk kisar daun pandan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar daun pandan bersama ½ cawan air sehingga halus. Kemudian, tapis untuk mendapatkan air pandan.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung beras, gula, air suam, santan cair, sedikit garam dan air pandan ke dalam bekas.
  3. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan pastikan tiada ketulan tepung.
  4. Perap adunan selama 2 hingga 4 jam. Jika mahu hasil kuih yang lebih lembut, boleh perapkan semalaman.
  5. Selepas diperap, kacau adunan sehingga sebati sebelum digunakan.
  6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng adunan mengikut saiz yang diinginkan sehingga kuih masak.
  7. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!

Tips menggoreng untuk dapatkan hasil yang cantik:  

  1. Gunakan kuali kecil dan masukkan minyak secukupnya. Panaskan minyak menggunakan api sederhana kecil.
  2. Apabila minyak sudah panas, tuangkan satu senduk adunan di bahagian tengah kuali secara perlahan.
  3. Biarkan adunan mengembang dengan sendiri. Bahagian tepi kuih akan mula membentuk kerak dan bahagian tengah pula kelihatan sedikit naik.
  4. Apabila bahagian tepi mula mengeras, siram sedikit minyak panas ke bahagian tengah kuih supaya permukaannya masak dengan lebih sekata.
  5. Teruskan menggoreng sehingga bahagian tengah masak. Kuih penyaram tidak perlu diterbalikkan jika sudah masak sepenuhnya.
  6. Angkat kuih dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

Sumber: Anna Ann

Baca juga: Harum Aroma Telur, Manisnya Pun Tak Terlebih! Ini Resipi Kuih Bahulu Gebu Buat Sendiri Di Rumah

Wan N

Recent Posts

Ini Sukatan Bancuhan Ikan Celup Tepung Terengganu Yang Menjadi, Rangup Berhabuk Elok!

Terasa rindu nak makan ikan celup tepung Terengganu, tetapi kesibukan kerja membuatkan kita tak selalu…

8 minutes ago

Puding Tutti Frutti Untuk Jamuan Kelas Akhir Tahun, Resipinya Mudah & Tak Perlu Banyak Bahan

Kalau sedang mencari idea pencuci mulut untuk jamuan kelas anak-anak, boleh cuba buat puding tutti…

25 minutes ago

Terung Bakar Cicah Telur Separuh Masak, Nampak Biasa Tapi Ramai Suka Gabungan ‘Rare’ Ini!

Kadangkala, hidangan yang paling ringkas itulah yang paling membuka selera. Terung bakar yang dipetik segar…

29 minutes ago

Konon Nak Selamatkan Nasi Hampir Basi, Tapi Cara Peniaga Ini Guna Plastik Beras Buat Ramai Risau

Tindakan seorang lelaki yang berkongsi cara mengukus semula nasi hampir basi menggunakan plastik pembungkus beras…

35 minutes ago

Resipi Kuih Tepung Bungkus, Sekali Gigit Terus Rasa Inti Kelapa Manis Bersalut Tepung Beras Lemak!

Resepi kuih tepung bungkus antara kuih tradisional yang mempunyai peminatnya tersendiri. Gabungan inti kelapa manis,…

2 hours ago

Resipi Kek Batik Lembut Tanpa Telur, Rahsia Sukatan Inilah Yang Buat Hasilnya Lebih Menjadi!

Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…

21 hours ago