resepi kuih cara

Resepi kuih cara ini antara kuih tradisional yang selalu buat ramai teringat zaman kecil. Masih ramai yang menggemari kuih ini sehingga sekarang.

Biasanya orang buat versi lembut, tapi kali ini kita cuba versi ‘crispy’ yang rangup di luar dan lembut di dalam. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Pandan Gedik Lembut, Tekstur Elok Tak Lembik & Tak Terlebih Kenyal

RESEPI KUIH CARA CRISPY

resepi kuih cara

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum*
  • 2 cawan air pandan*
  • 1 cawan santan*
  • 1 biji telur*
  • 1 sudu kecil garam*
  • Gula secukup rasa

*Bahan yang bertanda bintang perlu diblend atau dikisar sehingga sebati.

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan yang bertanda bintang ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati dan halus. Pastikan adunan benar-benar rata supaya kuih nanti mempunyai tekstur yang lembut dan tidak berketul.
  2. Sementara itu, panaskan acuan kuih cara di atas api sederhana dan oleskan sedikit minyak pada permukaannya supaya kuih tidak melekat semasa dimasak. Pastikan minyak merata pada setiap lubang acuan untuk hasil yang rangup dan cantik.
  3. Tuangkan adunan ke dalam acuan sehingga separuh penuh setiap lubang, kemudian taburkan gula di tengah-tengah sebagai inti.
  4. Tutup acuan dan masak dengan api sederhana sehingga bahagian bawah kuih bertukar keemasan dan rangup.
  5. Apabila siap, angkat kuih dan biarkan seketika untuk sejuk sebelum dihidangkan. Proses ini membantu kuih menjadi lebih rangup dan memudahkan ia dihidang tanpa melekat.

Sumber: Shabidah Shafie Shabidah Shafie

Baca juga: Resipi Kuih Lapis Durian, Bukan Saja Cantik Dipandang Tapi Setiap Lapisan Lembut & Wangi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN