Categories: Resipi

Resipi Kuih Tepung Bungkus, Sekali Gigit Terus Rasa Inti Kelapa Manis Bersalut Tepung Beras Lemak!

Resepi kuih tepung bungkus antara kuih tradisional yang mempunyai peminatnya tersendiri. Gabungan inti kelapa manis, doh tepung pulut dan lapisan tepung beras bersantan menjadikan kuih ini cukup istimewa. Dibungkus menggunakan daun pisang, aromanya juga menambahkan lagi keenakan kuih ini.

Apabila digigit, terasa inti kelapa yang manis di bahagian tengah, diikuti tekstur doh yang lembut dan lapisan luar yang lemak bersantan. Rasa manis dan lemaknya seimbang, menjadikan kuih ini enak dinikmati tanpa terasa muak.

Kuih tepung bungkus sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi. Gabungan rasa manis dan lemak serta teksturnya yang lembut pasti membuka selera.

Baca juga: Kuih Tepung Talam Pandan Lembut Berlapis, Rupanya Ini Rahsia Santan Tak Merekah

RESEPI KUIH TEPUNG BUNGKUS

Bahan-bahan:

Inti kelapa

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1 helai daun pandan
  • 2 ketul gula kabung
  • ¾ cawan gula merah, dihancurkan
  • ¾ cawan gula putih
  • ¾ cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar tepung gandum

Doh tepung pulut

  • 2½ cawan tepung pulut
  • 1¾–2¾ cawan air (masukkan sedikit demi sedikit mengikut keperluan)
  • Secubit garam

Adunan tepung beras

  • 1 pek tepung beras
  • 500 ml santan
  • 1 helai daun pandan
  • 10½ cawan air
  • 1 sudu besar garam

Bahan tambahan

  • Daun pisang secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air, gula kabung, gula merah, gula putih dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga gula larut dan adunan menjadi pekat.
  3. Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau sehingga sebati dan airnya hampir kering.
  4. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
  5. Tutup api dan biarkan inti sejuk sebelum dibulat-bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.
  6. Campurkan tepung pulut dan garam ke dalam bekas.
  7. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  8. Ambil sedikit doh, leperkan dan letakkan inti kelapa di tengahnya.
  9. Tutup inti dan bentukkan menjadi bebola.
  10. Campurkan tepung beras, santan, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
  11. Masak menggunakan api sederhana sambil sentiasa dikacau.
  12. Teruskan memasak sehingga adunan menjadi pekat.
  13. Lap daun pisang sehingga bersih dan layurkan sebentar di atas api supaya lebih lembut dan mudah dilipat.
  14. Letakkan sedikit adunan tepung beras di atas daun pisang.
  15. Masukkan bebola doh berinti kelapa dan tutup dengan sedikit lagi adunan tepung beras.
  16. Bungkus dengan kemas menggunakan daun pisang.
  17. Susun kuih di dalam pengukus dan kukus sehingga masak.

Sumber: Threads @bysisilham

Baca juga: Resipi Kuih Tepung Bunga Yang Kenyal-Kenyal Manis, Guna 3 Bahan Saja!

Izzati

Recent Posts

Resipi Kek Batik Lembut Tanpa Telur, Rahsia Sukatan Inilah Yang Buat Hasilnya Lebih Menjadi!

Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…

19 hours ago

Sup Miso Ala Restoran Jepun, Nikmat Letak Tauhu Lembut Serta Rumpai Laut & Kaya Probiotik!

Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang…

19 hours ago

Ada Lebihan Kacang Panjang? Ini 2 Cara Simpan Supaya Tahan Lebih Lama & Tak Membazir!

Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…

19 hours ago

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

22 hours ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

23 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

23 hours ago