Categories: Resipi

Wanita Kongsi ‘Sifir’ Goreng Kuetiau & Mi Ala Kedai, Rupanya Ini Petua Wajib Buat!

Pasti ramai yang selalu tertanya-tanya apa resepi kuetiau dan mi goreng ala kedai makan. Walaupun ramai sudah biasa memasak juadah ini, ada yang masih tidak dapat menguasai teknik menghasilkan rasa seperti di kedai.

Rupanya, ada cara tertentu untuk menghasilkan kuetiau dan mi goreng yang sedap. Seorang pengguna di Thread berkongsi tip yang selalu digunakannya. Menurut Nur Fatehatulain, ‘sifir’ untuk setiap kali menggoreng adalah sama sahaja.

Baca juga: Cara Masak Makaroni Goreng Yang Lazat, Ini Tips Supaya Tak Melekat Dan Kembang Elok!

RESEPI KUETIAU & MI GORENG SEDAP ALA KEDAI MAKAN

Bahan-bahan utama:

  • Bawang putih dan cili padi – Lebihkan bawang putih, manakala cili boleh disesuaikan mengikut tahap kepedasan yang disukai. ‘Piapkan’ atas papan pemotong seperti yang dilakukan di kedai Thai.
  • Sos – Sos cili, sos tiram, kicap lemak manis dan kicap pekat. Sukatan boleh dianggarkan sekitar dua sudu besar setiap satu, mengikut cita rasa sendiri.
  • Protein pilihan – Udang, daging atau fishcake. Kesemua pilihan ini sesuai digunakan.
  • Mi atau kuetiau – Bagi kuetiau, pilih yang nipis dan kecil, bukan yang tebal dan besar.
  • Sayur – Tauge dan kucai.

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak atas api yang besar, kemudian masukkan bawang putih dan cili. Tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan protein pilihan. Masak udang sehingga bertukar warna merah atau bagi daging, rebus terlebih dahulu sehingga lembut dan hiris.
  3. Masukkan semua sos dahulu dan tambahkan kicap lemak manis di akhir.
  4. Pecahkan telur dan biarkan seketika sehingga separuh masak, kemudian kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan mi atau kuetiau.
  6. Curahkan kicap pekat terus ke atas mi atau kuetiau.
  7. Masukkan tauge dan kucai, kacau dengan cepat selama lebih kurang satu minit, kemudian matikan api.

Tips penting untuk mendapatkan tekstur seperti di kedai:

  • Gunakan kuali lejen. Walaupun kuali non-stick yang mahal, rasanya tetap tidak sama, jadi simpan sahaja.
  • Api perlu besar untuk mendapatkan rasa sedikit hangus yang sedap pada mi atau kuetiau.
  • Elakkan memasak terlalu banyak pada satu-satu masa kerana mi atau kuetiau tidak akan menjadi dengan baik.
  • Masa memasak adalah singkat sahaja, tidak lebih daripada sepuluh minit.

Sumber: Thread @nurfatehatulain

Baca juga: Resepi Bihun Singapore Sedap, Ada Tips Supaya Tak Putus-Putus Semasa Goreng!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

3 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

3 days ago