resepi ikan kerapu

Kalau suka lauk bergoreng yang rangup di luar tapi lembut di dalam, kena cuba resepi ikan kerapu goreng halia dan bawang putih yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Yan Akif.

Hidangan ini bukan saja mudah disediakan, tapi rasanya juga wangi dan cukup padu bila disiram dengan sos kicap panas. Sesuai sangat dijadikan lauk untuk nasi putih panas-panas. Lihat resipi penuh di bawah!

Baca juga: Resipi Ikan Masak Asam, Lauk Simple Yang Buat Selera Naik & Senang Dimasak

RESEPI IKAN KERAPU GORENG HALIA DAN BAWANG PUTIH RANGUP

resepi ikan kerapu

Bahan A:

  • Ikan kerapu (dilumur dengan garam dan serbuk kunyit)
  • Sedikit tepung jagung (untuk salut sebelum digoreng)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Sedikit perahan limau nipis

Cara-cara:

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Sebelum goreng, salutkan ikan dengan sedikit tepung jagung supaya teksturnya lebih rangup.
  2. Goreng dalam minyak yang banyak hingga garing mengikut cita rasa (nak crunchy pun boleh!).
  3. Bila dah siap, angkat dan perahkan sedikit jus limau atas ikan.

Bahan B:

  • 2 inci halia muda (hiris panjang)
  • Cili padi, hiris halus (ikut tahap pedas yang diinginkan)
  • Bawang putih (hiris nipis)

Cara-cara:

  1. Goreng semua bahan ini satu per satu hingga garing dan keperangan. Toskan minyak dan ketepikan.

Bahan C (sos kicap):

  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 titik minyak bijan
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, kemudian masukkan semua bahan sos. Kacau dengan api sederhana kecil supaya kicap tidak hangus. Bila nampak mula mendidih, tutup api.

Cara hidang:

  1. Letakkan ikan goreng atas pinggan hidangan. Taburkan bahan B (halia, cili dan bawang putih goreng) di atasnya.
  2. Akhir sekali, curahkan sos kicap panas (bahan C) di atas ikan.
  3. Siap untuk dihidang! Paling sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.

Sumber: Yan Akif

Baca juga: Resipi Ikan Kerisi Masak Sambal Cili Hijau & Merah, Pedas Kering Memang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN