resepi kentang

Resepi kentang goreng cheese ‘viral’ ini sangat mudah untuk dicuba sendiri di rumah dan bahan-bahannya juga tidak mahal.

Walaupun kelihatan ringkas, harga hidangan ini boleh menjadi agak mahal jika dibeli di pesta makanan.

Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah dengan mengikuti resipi yang dikongsikan di bawah. Pasti lebih jimat dan sedap!

Baca juga: Buat Sendiri Jagung Manis Cawan Ala Pasar Malam, Jimat Duit Jika Anak Ramai

RESEPI KENTANG GORENG CHEESE

resepi kentang

Bahan-bahan:

  • 6 biji kentang besar (rebus)
  • 8-9 sudu besar tepung jagung
  • Keju cheddar (diparut) atau keju parmesan

Cara-cara:

  1. Rebus kentang dalam air mendidih sehingga empuk. Setelah itu, tapis kentang untuk membuang airnya.
  2. Lenyek kentang yang telah direbus tadi menggunakan garpu atau penukul kentang hingga teksturnya separuh halus. Jangan terlalu halus, biarkan sedikit tekstur kentang masih ada.
  3. Masukkan tepung jagung ke dalam kentang yang telah dilenyek, kemudian taburkan keju cheddar atau parmesan yang diparut. Gaul rata hingga adunan sebati.
  4. Adunan memang sedikit melekat, jangan tambah tepung lagi.
  5. Uli adunan dan bentukkan memanjang, kemudian potong menggunakan pisau.
  6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng adunan kentang hingga berwarna kekuningan.
  7. Setelah siap digoreng, angkat dan toskan seketika. Nikmati dengan sos pilihan seperti sos cili, mayo atau sos keju.

Selamat mencuba.

Kredit resipi dan gambar: Siti Nornaim Keng

Baca juga: Resipi Puding Karamel Yang Lembut & Sedap Tanpa Bau Telur, Ini Rahsianya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN