Bila tengah diet je mesti teringin nak makan benda manis kan? Nak makan jem buah nanti takut berat naik sebab kebanyakkan jem buah yang jual di pasar raya banyak gula. Tapi jangan risau resepi jem buah hari ini sangat sesuai untuk orang yang tengah berazam nak turunkan berat badan. Kalau beli di kedai boleh cecah RM30 satu botol. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh MinSha di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

20 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

LIME CURD JAM KETO MOTTAINAI

Bila tengah diet je mesti teringin nak makan benda manis kan? Nak makan jem buah nanti takut berat naik sebab kebanyakkan jem buah yang jual di pasar raya banyak gula. Tapi jangan risau resepi jem buah hari ini sangat sesuai untuk orang yang tengah berazam nak turunkan berat badan. Kalau beli di kedai boleh cecah RM30 satu botol. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh MinSha di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 50-60 ml Jus Limau Nipis

  • 60g Lakanto Sugar (boleh ganti dengan castor sugar kalau non-keto)

  • 30g salted butter

  • Secubit garam himalaya

  • Limau nipis (hiris halus buang biji)

  • 1 biji telur (kacau manja)

Kredit: MinSha

CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan kecuali telur dalam bekas kaca atau tahan panas.

  • Didihkan air di dalam periuk.

  • Double boil di atas periuk sehingga semua gula cair.

  • Pukul manja telur sehingga putih dan kuning telur menjadi sebati.

  • Masukkan ke dalam mangkuk dan kacau sentiasa sehingga menjadi likat dalam 10 hingga 20 minit.

  • Calitkan pada belakang sudu dengan menggunakan jari, sekiranya garisan calit tidak bercantum semula, jem dah siap.

  • Boleh makan dengan lempeng, roti, biskut atau makan begitu sahaja.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN