puding karamel resepi

Puding karamel resepi yang mudah dan sedap sering dicari-cari, terutamanya bila tiba musim perayaan atau sekadar untuk hidangan pencuci mulut keluarga.

Tapi tak semua orang suka bau telur dalam puding ini. Jangan risau, ada teknik rahsia untuk hilangkan bau telur itu, tapi tekstur kekal lembut dan tetap rasa lemak berkrim.

Nak tahu apakah teknik itu? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut. Jangan lupa cuba ya!

Baca juga: Resipi Puding Coklat Guna Acuan Lompang, Tesktur Lembut & Tak Berair

PUDING KARAMEL RESEPI MUDAH, TAK BAU TELUR!

puding karamel resepi

Bahan-bahan gula karamel:

  • 90g (½ cawan) gula putih
  • 120ml air
  • Secubit garam

Bahan-bahan puding:

  • 6 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 160ml susu pekat (½ cawan)
  • 240ml air masak (1 cawan)
  • 1 sudu kecil sunquick
  • 1 penutup esen vanila

Cara-cara:

Untuk gula karamel:

1. Cairkan 90g gula putih dalam kuali sehingga ia bertukar menjadi warna perang keemasan.

2. Jangan biarkan gula terlalu lama atau mendidih kerana ia boleh menjadi pahit. Kacau sentiasa.

3. Setelah gula cair sepenuhnya dan warnanya cantik, masukkan 120ml air untuk cairkan semula.

4. Masukkan secubit garam dan biarkan sejuk.

5. Tuang satu sudu besar gula karamel ke dalam setiap bekas kecil (4oz).

Untuk puding:

6. Campurkan semua bahan puding (telur, susu cair, susu pekat, air masak, sunquick dan esen vanila) dalam mangkuk besar.

7. Whisk semua bahan hingga tiada ketulan.

8. Tapis adunan puding untuk mendapatkan tekstur yang halus dan tuang ke dalam jug.

9. Tuang adunan puding ke dalam bekas yang telah diisi dengan gula karamel. Jika ingin saiz yang sama rata, timbang setiap bekas 75-80g.

10. Kukus selama 20 minit dengan api sederhana.

11. Letakkan penutup bekas di atas bekas puding, tetapi jangan tutup rapat. Ini akan menghasilkan puding yang halus dan tidak mengerutu.

12. Setelah siap dikukus, simpan dalam peti ais dan nikmatinya ketika sejuk!

Sumber: Cik Markonah via Resepi Sambal

Baca juga: Resipi Puding Kastard Jagung Super Creamy & Lembut, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN