Categories: Resipi

Resepi Kek Pisang Mudah, Rahsia Harum Semerbak Rupanya Pada Mentega Perang Dan Cip Coklat!

Resepi kek pisang mudah ini mempunyai kelainan tersendiri dengan penggunaan mentega perang atau brown butter yang memberikan aroma harum seperti kacang. Gabungan ini menjadikan kek pisang lebih istimewa dengan rasa yang kaya tanpa memerlukan teknik penyediaan yang rumit.

Selain itu, penggunaan gula perang memberikan rasa manis yang lebih mendalam, manakala yogurt membantu menghasilkan tekstur kek yang lembut dan tidak terlalu kering. Cip coklat pula menambahkan rasa manis dalam setiap gigitan, sesuai untuk penggemar gabungan pisang dan coklat.

Resipi ini juga boleh menjadi pilihan apabila terdapat pisang yang sudah terlalu masak di dapur. Tidak perlu membiarkannya terbuang kerana pisang tersebut boleh dijadikan kek yang harum dan menyelerakan. Sesuai dinikmati sebagai hidangan minum petang atau snek untuk seisi keluarga!

Baca juga: Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

RESEPI KEK PISANG MUDAH

Bahan-bahan:

  • 150g mentega tulen
  • 4–5 biji pisang (240g)
  • 150g gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar yogurt
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan cip coklat

Cara penyediaan:

  1. Cairkan mentega menggunakan api sederhana kecil. Kacau sehingga bertukar warna keemasan dan mengeluarkan aroma seperti kacang.
  2. Lenyek pisang di dalam mangkuk sehingga hancur.
  3. Masukkan gula perang, telur, esen vanila dan yogurt. Gaul sehingga sebati.
  4. Tuangkan mentega perang ke dalam adunan pisang dan kacau rata.
  5. Masukkan tepung gandum, garam dan soda bikarbonat. Gaul sehingga semua bahan bercampur.
  6. Tambahkan cip coklat dan kaup balik sehingga sekata.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan.
  8. Bakar pada suhu 170°C selama 30 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Nota: Pastikan mentega tidak terlalu hangus ketika dipanaskan supaya aroma brown butter kekal harum dan tidak pahit.

Sumber: Threads @fatindayanamars

Baca juga: Resipi Kek Marble Kopi Yang Buat Harum Satu Rumah, Tak Sabar Nak Potong Bila Dah Siap Bakar!

Izzati

Recent Posts

Buat Kuih Lompang Gula Merah Ikut Sukatan Cawan, Ini Petua Supaya Berlekuk Cantik!

Kuih lompang sukatan cawan antara resipi kuih tradisional yang mudah dibuat sendiri di rumah. Rasanya…

9 mins ago

Ayam Goreng Tanpa Kunyit Hanya Guna 5 Bahan, Perap 10 Minit Dah Siap!

Biasanya, ramai yang menggunakan serbuk kunyit sebagai bahan utama ketika menyediakan ayam goreng. Namun, ayam…

1 hour ago

Resepi Mi Wantan Sup, Gabungan Kaki Ayam & Isi Udang Rupanya Buat Lagi ‘Kick’!

Resepi mee wantan sup ini boleh dijadikan pilihan sarapan untuk anak-anak sebelum ke sekolah. Dalam…

2 hours ago

‘Rider’ Bongkar Premis Makanan Kotor Di Kulim, Lalat & Najis Tikus Ditemui Dalam Kedai!

Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…

14 hours ago

Resipi Kuetiau Ladna Seafood, Ada Satu Langkah Penting Untuk Dapatkan Kuah Pekat Elok!

Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…

18 hours ago

Tak Guna Susu Pun Boleh Jadi Creamy! Resipi Mac & Cheese Ini Guna Air Kelapa Parut, Unik!

Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…

20 hours ago