Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana hanya menggunakan empat bahan utama, iaitu sponge mix, telur, mentega dan esen vanilla. Cara penyediaannya juga tidak terlalu rumit, sesuai untuk yang baru berjinak-jinak membuat kek.
Adunan kek ini boleh dibahagikan kepada beberapa warna untuk menghasilkan corak marble yang cantik. Tak perlu mahir melukis corak pun, cukup lorekkan adunan menggunakan lidi atau alat yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang menarik.
Kek marble ini sesuai dihidangkan ketika minum petang bersama secawan teh atau kopi. Kalau ada majlis keluarga atau tetamu datang ke rumah, boleh juga buat sendiri untuk dijadikan hidangan. Jom ikuti resipi perkongsian ini dan cuba hasilkan kek marble yang gebu!
Baca juga: Resipi Kek Marble Kopi Yang Buat Harum Satu Rumah, Tak Sabar Nak Potong Bila Dah Siap Bakar!
RESIPI KEK MARBLE MUDAH GUNA 4 BAHAN

Bahan-bahan:
- 375 gram sponge mix
- 6 biji telur
- 220 gram mentega (dicairkan)
- Esen vanila secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan sponge mix dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Putar pada kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih dan gebu.
- Perlahankan kelajuan pengadun, kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan dan esen vanila.
- Gaul adunan menggunakan spatula sehingga semua bahan sebati.
- Tuangkan separuh daripada adunan ke dalam loyang segi empat berukuran 8 inci.
- Bahagikan baki adunan kepada tiga bahagian dan warnakan mengikut pilihan warna yang disukai.
- Tuangkan adunan berwarna ke dalam loyang secara berselang-seli di atas adunan asal.
- Lorekkan permukaan adunan menggunakan lidi untuk menghasilkan corak marble.
- Bakar pada suhu 180°C selama kira-kira 48 minit atau sehingga kek masak. Tempoh membakar bergantung pada jenis dan prestasi ketuhar masing-masing.
- Setelah masak, keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkan.
Sumber resipi dan gambar: Suhaila Fadzilah
Baca juga: Jom Buat Kek Batik Horlick Viral Yang ‘Confirm’ Jadi Kegilaan Ramai, Bukan Versi Coklat Biasa!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

