roti mentega

Resipi roti mentega versi ini sedikit berbeza daripada kebiasaan kerana ditambah dengan kepingan keju di bahagian tengah. Bahagian luarnya pula disapu dengan campuran mentega dan gula pasir sebelum dibakar sehingga garing, keemasan dan beraroma harum.

Hasilnya, bahagian luar roti menjadi rangup serta sedikit berkaramel, manakala bahagian dalam pula lembut dengan keju yang cair dan berlemak. Memang sesuai dinikmati ketika sarapan, minum petang atau sebagai snek ketika menonton televisyen.

Paling menarik, resipi ini hanya memerlukan 4 bahan mudah iaitu roti putih, kepingan keju, mentega dan gula pasir.. Sesuai sangat untuk pelajar, bujang atau sesiapa yang mahukan menu sarapan ringkas tetapi sedap.

Baca juga: Resipi Roti Boy Segebu Kapas, Letak ‘Bahan Ini’ Untuk Hasil Lembut Berhari-Hari

RESIPI ROTI MENTEGA CHEESE RANGUP

roti mentega

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti putih
  • 1 kepingan keju
  • 1 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan gula pasir

Cara-cara penyediaan:

  1. Ambil sekeping roti putih dan letakkan sekeping cheese di atasnya.
  2. Tutup dengan sekeping roti putih lagi untuk membentuk sandwich.
  3. Potong roti kepada 4 bahagian sama saiz berbentuk petak.
  4. Campurkan mentega dan gula pasir, kemudian sapukan pada permukaan luar setiap bahagian roti.
  5. Panaskan kuali leper dengan api sederhana kecil.
  6. Bakar roti sehingga kedua-dua bahagian bertukar keemasan, rangup dan sedikit garing.

Sumber: Thread

Baca juga: Roti Puri Tanpa Yis Tapi Kembang Elok & Tak Serap Minyak, Sedap Cicah Sambal Sardin Pedas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN