Biasanya, ramai yang menggunakan serbuk kunyit sebagai bahan utama ketika menyediakan ayam goreng. Namun, ayam goreng tanpa kunyit pun boleh jadi sedap dan menyelerakan apabila diperap menggunakan gabungan bawang putih, bawang merah, halia dan serbuk cili.
Menerusi perkongsian Adiah Adam di Facebook, resipi ayam goreng ini cukup mudah disediakan kerana hanya menggunakan beberapa bahan asas yang senang didapati di dapur. Lebih menarik, ayam hanya perlu diperap selama 10 minit sebelum digoreng.
Baca juga: Ikan Masak Kari Tanpa Serbuk Kari? Rahsianya Ganti Dengan Bahan ‘Ini’ Sebagai Rempah
Kalau selama ini biasa menyediakan ayam goreng menggunakan serbuk kunyit, apa kata cuba pula resipi yang berbeza ini?
Menariknya, resipi ini menggabungkan bawang putih, bawang merah, halia dan serbuk cili untuk menghasilkan rasa yang lebih beraroma. Bahan-bahan ini mudah didapati dan tidak memerlukan penyediaan yang rumit.
Tak perlu perap terlalu lama atau menggunakan banyak bahan tambahan. Cukup sekadar gaulkan ayam bersama bahan perapan sehingga sebati, kemudian biarkan selama 10 minit sebelum digoreng.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga lumat.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas berisi ayam.
3. Kemudian, tambahkan garam dan serbuk cili.
4. Gaul semua bahan sehingga sebati dan menyaluti setiap ketul ayam.
5. Perap ayam selama kira-kira 10 minit.
6. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak serta keperangan.
Siap! Ayam goreng ini boleh dinikmati bersama nasi putih panas, sambal belacan dan sayur kegemaran.
Bagi yang selalu buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga, bolehlah cuba resipi ini. Walaupun tidak menggunakan serbuk kunyit, gabungan bahan perapan yang ringkas tetap mampu menghasilkan ayam goreng yang beraroma dan menyelerakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Adiah Adam
Baca juga: Cara Masak Ayam Kari Tanpa Santan, Guna Tomato Je Dah Boleh Pekatkan Kuah & Naikkan Rasa
Resepi kek pisang mudah ini mempunyai kelainan tersendiri dengan penggunaan mentega perang atau brown butter…
Resepi mee wantan sup ini boleh dijadikan pilihan sarapan untuk anak-anak sebelum ke sekolah. Dalam…
Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…
Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…
Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…
Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…