resepi kek batik

Siapa suka makan kek batik tapi kadang-kadang terbeli yang keras dan tidak manis? Apa kata jom cuba resepi kek batik ini di rumah. Kalau buat sendiri, boleh adjust tahap kemanisan yang anda sukai.

Bukan itu saja, resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah, tapi rasanya sangat ‘premium’! Sungguh nikmat setiap kali suapan.

Jom kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya. Selamat mencuba!

Baca juga: Kek Batik Matcha Indulgence, Rasa Pahit Manis ‘Matcha Lovers’ Wajib Cuba!

RESEPI KEK BATIK MUDAH TAPI RASA PREMIUM

Bahan-bahan:

  • 2 ketul butter berat 250g/200gm setiap satu
  • 2 cawan teh serbuk minuman coklat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan teh susu tepung
  • ½ tin susu pekat (jika suka manis guna 1tin)
  • 1 cawan teh air kosong
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 3 ½ bungkus biskut marie (biasa setiap bungkus 300gm)

Cara-cara:

1. Cairkan butter dan perlahankan api. Masukkan satu persatu semua bahan di atas kecuali biskut. Kacau adunan hingga semua larut dan sebati hingga terhasil seperti sos coklat sederhana pekat.

2. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan. Masuk separuh-separuh dahulu sambil kacau rata. Pastikan kesemua biskut bersalut rata dengan bahan cecair.

resepi kek batik

3. Sendukkan kek ke dalam bekas pilihan dan tekan bagi mampat. Tuang topping coklat, lalu simpan dalam peti 1 jam sebelum hidang.

4. Adunan ni boleh dapat 7 bekas plastik. Jika nak buat sikit, bahagi dua saja bahan di atas. Simpan frozen tahan berbulan. Simpan di peti chiller boleh tahan 2 minggu. Selamat mencuba!

resepi kek batik

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Kek Batik Horlick Cheese, Rasa Memang Sedap & Tak Muak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN