nasi daging utara

Pasti ramai yang belum pernah cuba Nasi Daging Utara kan? Pertama kali cuba pasti akan jatuh cinta!

Sama seperti yang berlaku pada seorang pengguna Facebook, Norzy Yusuff. Dia berkongsikan resipi nasi daging utara yang pertama kali dicuba dan terus terpikat dengan keenakannya.

Nak cuba? Jom ikut resipi di bawah.

RESIPI NASI DAGING UTARA

nasi daging utara

Bahan-bahan:

  • Daging (direbus empuk dan ketepikan
  • Beras basmathi 3 pot (rendam 30 minit)

Bahan tumisan:

  • 2 sudu minyak sapi + minyak masak 2 sudu
  • Bawang besar 2 biji*
  • Bawang putih 6 ulas*
  • Halia 3 inchi*

Mayang halus bahan bertanda (*)

  • 4 sekawan (kulit kayu Manis/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga)
  • Rempah kurma 2sudu
  • 2 helai daun pandan
  • Tomato 2 biji
  • Susu cair 3/4 tin
  • 3/4 sudu penuh garam
  • Sedikit cukup rasa
  • Air rebusan daging
  • Daun ketumbar

Cara-caranya:

  1. Tumiskan 4 sekawan, bahan bertanda (*) yang dimayang sehingga garing. Kemudian masukkan daun pandan dan rempah kurma.
  2. Masukkan air rebusan air 4 ½ cawan pot yang sama dan susu cair. Didihkan sekejap, kemudian masukkan garam, cukup rasa dan tomato.
  3. Toskan beras basmathi ke dalam periuk nasi dan masukkan tumisan dan daging yang sudah direbus empuk.
  4. Akhir sekali, bila nasi dah masak baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan elok gebu dan wangi.
  5. Nasi jangan dikacau semasa sedang masak untuk elakkan beras patah. Resipi ini nasi sedikit lembut. Kalau nak nasi berderai kurangkan 1/2 cawan air rebusan daging.

RESIPI AIR ASAM KERISIK BAWANG

Bahan-bahan:

  • Bawang besar 2 biji
  • Tomato 2 biji (potong kecil)
  • Cili api 10 biji (potong halus)
  • Air asam jawa 1 mangkuk
  • Kerisik 3 sudu
  • Belacan bakar
  • Garam
  • Gula
  • Cukup rasa

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan kacau rata.

RESIPI RENDANG TELUR

Bahan A:

  • 10 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 batang serai

Bahan B:

  • 1/2 genggam cili api
  • 1 ketul kunyit hidup

Bahan lain:

  • 5 biji telur – direbus
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 senduk cili blender
  • 3 sudu kerisik
  • Santan kotak
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 keping asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Cukup rasa

Cara-cara:

  1. Kisar bahan A sehingga lumat.
  2. Kisar bahan B sehingga lumat.
  3. Tumis bahan A yang dikisar dan 1 batang serai yang diketuk sehingga garing. Masukkan cili blender dan masak sehingga garing.
  4. Kemudian baru masukkan bahan b yang dikisar, masak sehingga betul-betul garing kemudian baru masukkan garam, santan dan tambahkan air.
  5. Akhir sekali, perasakan dengan gula, cukup rasa, daun kunyit, asam keping dan masukkan telur.
  6. Kacau sekejap, siap!

Kredit: Norzy Yusuff

Baca juga: Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN