PENULIS

myResipi

KATEGORI

Kongsi Resipi

POSTED ON

2020-11-25

Kalau petang-petang ni pekena rojak buah mesti sedapkan sambil menikmati semangkuk cendol. Perghhh sedap sungguh! Tapi ye la nak buah rojak buah macam susah je… Haaaa, jangan risau meh sini admin kongsikan resipi yang mudah untuk anda nikmati dirumah!

Bahan-Bahan Kuah Rojak

  • 250 ml kicap lemak manis
  • 200 gm sos cili
  • 200 gm cili kisar
  • 250 gm gula pasir
  • 250 gm gula merah
  • 50 gm sos tomato
  • 1 inci belacan
  • Bijan
  • 2 sudu besar otak udang

Buah-Buahan

  • Jambu batu
  • Sengkuang
  • Nenas
  • Betik
  • Mangga Muda
  • Timun
  • Jambu air
  • Kedondong

Cara-cara

  • Campur semua bahan kuah itu tadi kecuali bijan
  • Kemudian masakkan diatas dapur
  • Setelah kuah agak pekat taburkan bijan
  • Siap dihidangkan dengan buah dibasuh bersih dan dipotong