resepi kaswi

Kuih kaswi merupakan salah satu resipi yang sedang viral di media sosial sekarang. Ada pelbagai jenis resepi kaswi yang boleh dicuba.

Bukan saja rupanya yang cantik, malah teksturnya yang kenyal membuatkan kuih ini digemari ramai.

Jika sebelum ini dah pernah mencuba kuih kaswi pandan, kali ini jom cuba kuih kaswi versi jagung pula.

Baca juga: Kuih Kaswi Gula Merah, Kuih ‘Lejen’ Yang Tak Jemu Dimakan

RESEPI KASWI JAGUNG GEDIK

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung ubi kayu
  • 3 sb tepung jagung
  • ¾ cawan gula putih
  • 1 cawan santan cair untuk rasa berlemak
  • 1 cawan air putih
  • 2 sudu besar air kapur
  • 2 sudu besar jagung manis tin (sweet corn cream)
  • Pewarna kuning telur
  • Sedikit garam

Bahan-bahan lain:

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan adunan dan kacau sehingga sebati. Boleh juga kisar menggunakan blender, lebih cepat.

resepi kaswi

2. Sementara itu, didihkan air di dalam periuk kukus.

3. Oleskan sedikit minyak pada bekas acuan atau bekas loyang supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan.

4. Tuang adunan ke dalam bekas acuan atau loyang sehingga penuh.

5. Kemudian kukus kuih selama 15 minit. Tutup rapat periuk kukusan menggunakan penutupnya.

6. Pastikan penutup periuk dibalut dengan kain supaya air wap tidak jatuh di atas permukaan kuih.

7. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum ia dikeluarkan daripada acuan menggunakan lidi.

8. Akhir sekali, kukuskan kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam selama 5 minit yang akan menjadikan ia lambat masam dan basi.

resepi kaswi

Kredit resipi: Aimer Kitchen

Baca juga: Jom Cuba Kuih Kaswi Keledek Ungu Pula, Lembut & Bergedik Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN