Nama masakan kali ini agak sedikit unik iaitu  gobi manchurian. Kalau korang nak tahu gobi bermaksud kobis bunga. Manchuria adalah satu kawasan di negara China, tetapi masakan ini dikhabarkan dicipta oleh tukang masak restoren Cina di India. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

GOBI MANCHURIAN

Nama masakan kali ini agak sedikit unik iaitu  gobi manchurian. Kalau korang nak tahu gobi bermaksud kobis bunga. Manchuria adalah satu kawasan di negara China, tetapi masakan ini dikhabarkan dicipta oleh tukang masak restoren Cina di India. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 300 g kobis bunga

  • 3 sudu besar tepung jagung

  • 3 sudu besar tepung gandum

  • 2 sudu besar sos tomato

  • 2 sudu kicap soya

  • 1 sudu cili kisar

  • 1 tangkai daun bawang

  • 2 ulas bawang putih

  • 1 inci hirisan halia

  • 2 sudu kecil gula

  • 1 sudu kecil lada sulah

  • Garam mengikut cita rasa

Kredit: Kamarul Ariffin

CARA PENYEDIAAN
  • Cuci bersih kobis dan rendam dalam air panas selama 2-3 minit. Tos airnya, dan tinggalkan sedikit air. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, garam, dan lada sulah.

  • Gaul kobis menggunakan tangan sehingga rata. Bancuh mengikut cita rasa masing-masing. Jangan terlalu tebal, kalau tebal sangat nanti, macam cucur pula.

  • Goreng kobis sehingga keemasan. Api kena sederhana besar.

  • Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Kemudian tumis pula cili kisar sampai garing.

  • Masukkan sos tomato, kicap manis, air ½ cawan, batang daun bawang, garam dan gula secukup rasa.

  • Kemudian letak air bancuhan tepung jagung untuk likatkan sos ini supaya boleh melekat pada kobis.

  • Masukkan kobis, matikan api, dan gaul sehingga rata.

  • Taburkan bawang dan siap boleh di makan begitu sahaja.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.