resepi karipap sardin

Karipap atau dipanggil juga sebagai epok-epok adalah kuih goreng yang sentiasa disukai ramai. Pelbagai jenis karipap yang ada, tapi mak-mak paling suka dengan resepi Karipap Sardin.

Karipap Sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia.

Lebih puas makan jika kulitnya rangup bersama inti yang sedap. Biasanya pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging.

Kali ini kami jumpa resepi Karipap Sardin menarik dikongsikan oleh Zura Zul di Facebook yang menggunakan roti Gardenia sebagai kulitnya. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Karipap Sardin Paling Sedap, Sekali ‘Ngap’ Pasti Tak Cukup Satu!

RESEPI KARIPAP SARDIN GUNA ROTI GARDENIA

resepi karipap sardin

Bahan-bahan karipap:

  • 10 hingga 13 keping roti Gardenia
  • Sedikit tepung gandum dan air (untuk dijadikan gam)
  • Kayu penggelek plastik (yang berjalur)Inti Sardin

Bahan-bahan inti sardin:

  • 1 tin kecil sardin*
  • 4 ulas bawang merah (dipotong dadu kecil-kecil)*
  • 5 biji cili api (dihiris nipis)
  • 1 biji kentang yang bersaiz kecil (dipotong dadu kecil-kecil)*
  • Sedikit sos cili
  • Garam dan serbuk perasa

Cara-cara:

1. Satukan sardin, kentang, bawang dan cili api, kemudian gaul-gaul sebatikan.

2. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan sardin. Masukkan sedikit sos cili dan kacau-kacau rata.

3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa

4. Canaikan nipis roti gardenia dengan penggelek.

5. Letak roti tersebut dalam acuan karipap, kemudian isi inti sardin. Sapukan gam tepung keliling roti tadi, kemudian tekan kemas2, buang lebihan roti tadi.

resepi karipap sardin

6. Goreng dalam minyak panas hingga garing keemasan, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Manalah tahu ada roti Gardenia yang hampir dengan tarikh luput di rumah, bolehlah mak-mak guna resepi Karipap Sardin yang ringkas ini.

Kuih goreng seperti ini memang enak dinikmati tak kira masa. Paling puas makan Karipap Sardin ini bersama teh O panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Zura Zul

Baca juga: Karipap Sardin Cara SIMPLE, Buat Bentuk Segi Tiga Macam Ini. Comel Sangat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN