patty ayam

Jom kita cuba buat sendiri patty ayam homemade di rumah menggunakan bahan-bahan segar dan diproses sendiri tanpa bahan pengawet atau sebarang bahan yang berbahaya.

Patty burger homemade jauh lebih sihat dari patty sejuk beku yang dijual di pasar raya. Hal itu kerana ia mengandungi kandungan lemak dan garam yang tinggi.

Jika diambil dengan kerap, boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada kesihatan tubuh badan. Jadi, lebih baik jika kita buat sendiri patty burger di rumah. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah!

Baca juga: Cara Buat Nugget Ikan Homemade, Snek Mudah & Sihat Untuk Anak-Anak

RESEPI PATTY AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 400g isi dada ayam
  • 2 biji kentang
  • 1 batabg lobak merah
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang holland
  • 2 sk serbuk lada hitam
  • 2 sk serbuk lada putih
  • 1 sk chilli flakes
  • 1 sk mixed herbs
  • 6 sb tepung ubi kayu
  • 2 sb mentega

Cara-cara:

1. Kisar isi dada ayam, kentang, lobak merah dan bawang dalam food processor sehingga halus.

2. Campurkan bahan-bahan lain di dalam satu mangkuk. Uli sehingga sebati.

3. Lapikkan acuan di atas kertas pembakar. Kepalkan adunan dan bentukkan mengikut acuan.

4. Kemudian, kukus sebentar patty yang sudah siap dibentuk tadi selama 3 minit sebelum disimpan dalam peti sejuk beku.

patty ayam

5. Cara memasaknya, grill sebentar patty di atas kuali dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

patty ayam

Kredit resipi dan gambar: Geliga Rasa

Baca juga: Buat Sendiri Sosej Homemade Guna Isi Ayam, Bebas Tanpa Pengawet!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN