4 jenis kentang

Mari kenali 4 jenis kentang yang ada di Malaysia. Banyak kegunaan kentang yang anda boleh ketahui untuk mevariasikan lagi kemahiran memasak.

Dalam dunia memasak, ternyata pelbagai jenis kentang digunakan untuk hidangan yang berbeza. Kentang yang berbeza nampaknya menghasilkan tekstur yang berbeza.

Baca juga: Harga Beras Terkini Bagi 1KG, 5KG & 10KG Di Malaysia (September 2023)

Rasanya boleh menjadi hambar, sedikit manis, atau sedikit berkrim. Supaya masakan anda lebih sedap, jom kita lihat beberapa jenis kentang yang agak mudah didapati di pasar raya.

Berikut adalah beberapa jenis kentang biasa dan kegunaannya menerusi perkongsian @laikhaathome. 


4 JENIS KENTANG YANG ADA DI MALAYSIA

Hai semua! Nak tahu tak waktu Laikha bersekolah, Laikha cuma tahu ada satu jenis kentang saja tau, iaitu ubi kentang yang selalu masak letak dalam kari ataupun sup. Rupa-rupanya, ada banyak jenis ubi tau!

1. Ubi Keledek Jepun

4 jenis kentang

Kulitnya berwarna ungu kemerahan dan isinya berwarna kekuningan. Rasanya lebih manis dan lebih sedap dari ubi keledek jenis lain.

2. Ubi Keledek

Kebiasaanya digunakan dalam penyediaan makanan ringan atau pencuci mulut. Contohnya, donut, keledek goreng, pengat ubi, atau kuih keria. Ia juga boleh dijadikan pengganti tepung pulut dalam pembuatan kuih onde-onde dan kuih koci.

3. Ubi Kayu

Ubi kayu boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Di sesetengah negara, ubi kayu digunakan sebagai bahan asas dalam membuat tepung ubi kayu, yang boleh digunakan dalam penaik, puding, sos dan hidangan lain.

Selain itu, ubi kayu sering digoreng menjadi kerepek atau dijadikan snek. Dalam sesetengah budaya, ubi kayu juga digunakan untuk membuat makanan tradisional seperti casabe di Amerika Latin dan gari di Afrika Barat.

Jika di Malaysia, ubi kayu adalah salah satu makanan popular yang dibuat rebus atau kukus dan dijadikan sebagai penganti nasi. Memang sedap cicah bersama sambal ikan bilis. 

4. Ubi Keladi

Boleh dimasak dengan cara rebus, kukus, goreng atau sebagainya. Ia juga boleh dijadikan sebagai bahan manisan dalam resipi pencuci mulut tradisional atau moden. 

Ubi Keladi selalu digunakan dalam masakan tradisional dalam pelbagai budaya. Sebagai contoh, di Jepun, ubi kayu digunakan dalam masakan seperti tempura ubi kayu. Di Malaysia, ia boleh diproses menjadi kerepek, makanan bergoreng, atau digunakan sebagai bahan dalam bubur.


Semoga bermanfaat!

Sumber: Lemon8 @laikhaathome

Baca juga: BEZA Santan Segar, Santan Kotak & Serbuk Santan Ketika Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN